\u200eKOTA KINABALU: Majlis Belia Sabah (MBS) menyokong pendirian Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah (KBSK), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang menekankan kepentingan memastikan anak muda Sabah tidak tercicir daripada manfaat inisiatif pembangunan ekonomi gig yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027.
\u200e
\u200ePresiden MBS, Abqaree Fawwaz Abekan berkata, inisiatif bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama oleh Kerajaan Persekutuan dan Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih serta kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing perlu dinilai berdasarkan sejauh mana manfaatnya dapat diakses dan dirasai oleh pekerja gig, khususnya golongan muda di Sabah.
\u200e
\u200e”MBS melihat inisiatif ini sebagai satu peluang penting untuk memperkukuh kebajikan anak muda yang bergantung pada ekonomi gig sebagai sumber pendapatan.
\u200e
\u200e”Namun, kebimbangan kita ialah sama ada maklumat, kemudahan pendaftaran dan manfaat yang disediakan benar-benar dapat sampai kepada pekerja gig di seluruh Sabah, termasuk mereka yang berada di luar kawasan bandar utama.
\u200e
\u200e\u201cKita tidak mahu anak muda Sabah hanya menjadi penerima maklumat tentang sesuatu inisiatif, tetapi akhirnya tercicir daripada manfaatnya disebabkan kekangan akses, kurang kesedaran atau kesukaran memahami mekanisme penyertaan”, Abqaree berkata dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
\u200e
\u200eMenurut Abqaree, fleksibiliti sektor ekonomi gig yang semakin penting sebagai sumber pendapatan bagi anak muda perlu diseimbangkan dengan perlindungan sosial yang wajar, khususnya dalam menghadapi ketidaktentuan pendapatan, kos operasi dan risiko keselamatan ketika bekerja.
\u200e
\u200eKejayaan mekanisme padanan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 menurut beliau bergantung pada kejelasan syarat kelayakan, kemudahan proses pendaftaran, kefahaman pekerja terhadap manfaat yang ditawarkan serta penyertaan aktif pihak berkaitan.
\u200e
\u200e”Persoalannya bukan sekadar berapa banyak peruntukan disediakan, tetapi bagaimana peruntukan itu diterjemahkan kepada perlindungan yang benar-benar boleh dimanfaatkan oleh pekerja gig.
\u200e
\u200e”Pekerja perlu mengetahui siapa yang layak, bagaimana hendak mendaftar, berapa jumlah caruman yang perlu ditanggung dan apakah perlindungan yang bakal mereka nikmati.
\u200e
\u200e”Tanpa penerangan yang jelas dan mekanisme pelaksanaan yang mudah, ada risiko golongan yang sepatutnya menerima manfaat tidak mengambil bahagian”, ujar Abqaree.
\u200e
\u200ePada masa sama, Abqaree turut menekankan perbezaan jarak perjalanan, kepadatan penduduk, kos operasi dan akses kepada perkhidmatan antara Kota Kinabalu dengan daerah-daerah lain memerlukan pendekatan pelaksanaan yang lebih bersasar dengan mengambil kira realiti geografi dan ekonomi Sabah yang berbeza daripada kawasan bandar utama di Semenanjung Malaysia.
\u200e
\u200e”Keperluan pekerja gig di Kota Kinabalu mungkin berbeza daripada mereka yang bekerja di daerah seperti Kota Belud, Kudat, Keningau, Tawau dan kawasan lain.
\u200e
\u200e”Oleh itu, pendekatan pelaksanaan tidak boleh bergantung pada satu kaedah sahaja, sebaliknya perlu mengambil kira keadaan sebenar pekerja di setiap daerah.
\u200e
\u200e”Kita juga berharap data berkaitan jumlah pekerja gig di Sabah, profil mereka dan bilangan yang layak menerima manfaat dapat diperincikan.
\u200e
\u200e”Data ini penting supaya pelaksanaan program dapat dirancang dengan lebih tepat, jurang penyertaan dikenal pasti dan keberkesanannya dinilai secara berkala”, Abqaree menambah.
\u200e
\u200eMBS menurut Abqaree bersedia memainkan peranan sebagai rakan strategik kepada kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, PERKESO, penyedia platform dan pihak berkepentingan bagi membantu memastikan pelaksanaan inisiatif RM160 juta itu mencapai golongan sasar di Sabah.
\u200e
\u200e”MBS tidak mahu sekadar menyatakan sokongan terhadap sesuatu dasar. Kita mahu memainkan peranan yang praktikal dalam membantu memastikan dasar tersebut dapat dilaksanakan dengan berkesan dan memberikan manfaat kepada anak muda Sabah.
\u200e
\u200e”Kami bersedia bekerjasama dalam program penerangan, kempen kesedaran, sesi libat urus dan usaha membantu pekerja gig memahami mekanisme perlindungan sosial yang disediakan.
\u200e
\u200e”Pada masa yang sama, MBS boleh membantu menyampaikan maklum balas daripada golongan akar umbi kepada pihak berkuasa supaya sebarang kekangan pelaksanaan dapat dikenal pasti dan ditangani,\u201d katanya.
\u200e
\u200e
\u200e<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
\u200e\u200eKOTA KINABALU: Majlis Belia Sabah (MBS) menyokong pendirian Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah (KBSK), Datuk Nizam…<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40420,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-40418","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40418","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40418"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40418\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40421,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40418\/revisions\/40421"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40420"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40418"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40418"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40418"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}