{"id":40446,"date":"2026-10-12T19:46:30","date_gmt":"2026-10-12T11:46:30","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40446"},"modified":"2026-10-12T19:46:48","modified_gmt":"2026-10-12T11:46:48","slug":"kanak-kanak-11-tahun-maut-terkena-tembakan-ginsok-di-pondok-kebun-getah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kanak-kanak-11-tahun-maut-terkena-tembakan-ginsok-di-pondok-kebun-getah\/","title":{"rendered":"Kanak-kanak 11 tahun maut terkena tembakan \u2018ginsok\u2019 di pondok kebun getah"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KENINGAU:<\/strong> Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas dipercayai terkena tembakan senjata api buatan sendiri dikenali sebagai <em>ginsok<\/em> ketika berada di sebuah pondok kebun getah di Kampung Mampulut, Sook, dekat sini, Sabtu lalu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala sebelum dikejarkan ke Hospital Keningau untuk mendapatkan rawatan kecemasan, namun meninggal dunia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketua Polis Daerah Keningau, Supt Erwansyah Abdul Basir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan kira-kira pukul 2.35 petang pada 10 Oktober lalu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa bersama seorang lagi kanak-kanak berada di pondok kebun getah tersebut sebelum satu das tembakan berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSiasatan awal mendapati kejadian dipercayai membabitkan senjata api buatan sendiri yang dikenali sebagai ginsok.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMangsa dibawa ke Hospital Keningau untuk mendapatkan rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Erwansyah berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, semalam mengesahkan punca kematian mangsa akibat kecederaan tembakan pada bahagian kepala.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti bagaimana senjata api berkenaan diperoleh, disimpan dan dikendalikan sehingga menyebabkan kejadian tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSiasatan forensik dan balistik turut diberikan perhatian bagi menentukan mekanisme tembakan serta kaitan senjata yang disyaki dengan kecederaan mangsa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPolis juga sedang meneliti aspek pemilikan senjata api tanpa lesen serta kemungkinan berlaku pengabaian yang mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berkaitan pengabaian atau pendedahan kanak-kanak kepada kecederaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 berhubung pemilikan, jagaan atau kawalan senjata api tanpa lesen atau permit sah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Erwansyah menegaskan, sebarang tindakan undang-undang akan diambil berdasarkan bukti yang diperoleh serta peruntukan undang-undang berkaitan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak memiliki senjata api tanpa kebenaran sah, manakala pemilik senjata api berlesen perlu memastikan senjata disimpan di tempat selamat dan berkunci.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cOrang ramai juga diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis,\u201d katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KENINGAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas dipercayai terkena tembakan senjata api buatan sendiri dikenali sebagai ginsok ketika&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":10306,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-40446","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40446","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40446"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40446\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40447,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40446\/revisions\/40447"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10306"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40446"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40446"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40446"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}