{"id":40457,"date":"2026-10-13T11:10:46","date_gmt":"2026-10-13T03:10:46","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40457"},"modified":"2026-10-13T11:10:53","modified_gmt":"2026-10-13T03:10:53","slug":"warga-emas-ditemukan-lemas-jala-tersangkut-pada-badan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/warga-emas-ditemukan-lemas-jala-tersangkut-pada-badan\/","title":{"rendered":"Warga emas ditemukan lemas, jala tersangkut pada badan"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA BELUD:<\/strong> Seorang warga emas berusia 70 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar menjala ikan ditemukan meninggal dunia dengan jala tersangkut pada badannya di sungai berhampiran Kampung Rajunah, di sini, pagi tadi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mangsa ditemukan orang awam kira-kira pukul 7.30 pagi selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan sejak malam tadi tidak menemukan sebarang petunjuk mengenai keberadaannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada polis berhubung kehilangan lelaki itu pada pukul 10.54 malam semalam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud digerakkan ke lokasi sebelum tiba pada pukul 11.07 malam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBerdasarkan maklumat ahli keluarga, mangsa dipercayai keluar dari rumah kira-kira pukul 5.30 petang semalam dengan membawa jala ikan menuju ke sungai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPasukan bomba kemudian menjalankan operasi pencarian di sepanjang tebing sungai menggunakan kaedah pencarian permukaan (<em>surface search<\/em>).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBagaimanapun, keadaan gelap menyukarkan usaha pencarian dan tiada sebarang petunjuk mengenai mangsa mahupun barang yang dibawanya ditemukan,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut jurucakap itu, operasi pencarian ditangguhkan pada pukul 12.20 tengah malam sebelum disambung semula pagi tadi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, ketika pasukan bomba tiba semula di lokasi pada pukul 7.56 pagi, pihaknya dimaklumkan bahawa mangsa sudah ditemukan oleh orang awam kira-kira 26 minit lebih awal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMangsa dipercayai lemas ketika menjalankan aktiviti menjala ikan dan ditemukan dalam keadaan jala tersangkut pada badannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Operasi SAR diketuai PBK II Rano Godol dengan kekuatan lapan anggota BBP Kota Belud, dibantu dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 8.45 pagi tadi.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA BELUD: Seorang warga emas berusia 70 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar menjala ikan ditemukan meninggal dunia dengan jala&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40459,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-40457","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40457","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40457"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40457\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40460,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40457\/revisions\/40460"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40459"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40457"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40457"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40457"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}