{"id":40461,"date":"2026-10-13T12:14:49","date_gmt":"2026-10-13T04:14:49","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40461"},"modified":"2026-10-13T12:14:55","modified_gmt":"2026-10-13T04:14:55","slug":"ewon-bawa-agenda-sabah-first-dalam-perbahasan-belanjawan-2027","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/ewon-bawa-agenda-sabah-first-dalam-perbahasan-belanjawan-2027\/","title":{"rendered":"Ewon bawa Agenda Sabah First dalam Perbahasan Belanjawan 2027"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\">KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick membawa agenda Sabah First dalam perbahasan Belanjawan 2027 dengan membangkitkan tuntutan hak perlembagaan Sabah, pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta keperluan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat negeri itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, peruntukan RM18.7 bilion kepada Sabah perlu diterjemahkan kepada manfaat yang benar-benar dirasai rakyat, dengan pelaksanaannya mengambil kira keunikan geografi, logistik dan sejarah negeri itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya hargai belanjawan besar yang diperuntukkan kepada Sabah. Tetapi yang akan menjadi ukuran sebenar adalah samada belanjawan ini betul-betul dirasai oleh rakyat Sabah,\u201d katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 peringkat dasar di Dewan Rakyat, kelmarin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengenai hak 40 peratus hasil Sabah, Ewon mencadangkan pembayarannya dimulakan berdasarkan kutipan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di negeri itu, sementara hasil daripada sumber lain terus dirundingkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut beliau, kutipan kedua-dua agensi di Sabah pada 2025 berjumlah RM7.547 bilion, menjadikan nilai 40 peratus daripada jumlah itu sebanyak RM3.019 bilion.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, beliau mencadangkan bayaran interim RM1.5 bilion dinaikkan kepada RM3.019 bilion, sambil menegaskan pembayaran khas tersebut bukan penyelesaian muktamad kepada tuntutan hak 40 peratus Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ewon turut menggesa Jawatankuasa Tertinggi negara mengenai pelaksanaan MA63 bersidang bagi memuktamadkan lima perkara tertangguh, termasuk royalti minyak, pembayaran tunai petroleum, hak negeri ke atas pelantar benua dan duti setem.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau mencadangkan bahagian bayaran tunai petroleum lima peratus yang diberikan Petronas kepada Kerajaan Persekutuan disalurkan kepada Sabah sebagai tambahan kepada lima peratus yang diterima negeri itu ketika ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu, beliau mencadangkan hasil duti setem di bawah Ordinan Tanah Sabah dikongsi secara sama rata antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam memperkukuh perlindungan perlembagaan, Ewon menegaskan Sabah dan Sarawak perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu pertiga kerusi Parlimen, manakala undang-undang yang memberi kesan langsung kepada Sabah seharusnya mendapat persetujuan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengenai pelaksanaan pembangunan, beliau mencadangkan peruntukan Sabah disalurkan pada suku pertama dan proses perolehan dilaksanakan selewat-lewatnya pada suku kedua supaya projek dapat dimulakan dalam tahun semasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut meminta penjelasan mengenai pembatalan tender 40 daripada 65 projek Jalan Luar Bandar di Sabah serta mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Khas Pemantauan Pelaksanaan Belanjawan bagi setiap negeri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam bidang perindustrian, Ewon mencadangkan Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Lahad Datu dijadikan kawasan ekonomi khas BIMP-EAGA bagi membangunkan Sabah sebagai pintu masuk timur ke Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau juga menuntut peluasan skim jaminan perniagaan kepada syarikat tempatan yang mahu mengembangkan perusahaan di taman perindustrian Sabah, termasuk sokongan kepada industri halal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cUsahawan-usahawan PMKS di Sabah mesti dibantu untuk diskalakan supaya mereka boleh bersaing ke arah pasaran modal dan lebih berdaya saing di rantau ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi memastikan bantuan lebih mudah diakses, beliau menggesa pejabat agensi pembangunan keusahawanan diperluas ke daerah pedalaman seperti Keningau, Kota Marudu, Telupid dan Beaufort.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam bidang pendidikan dan kesihatan, Ewon menuntut peruntukan khusus untuk sekolah mubaligh serta mencadangkan dasar khas pengambilan pelajar perubatan anak Sabah di Universiti Malaysia Sabah, disokong penajaan yang mengikat mereka berkhidmat di negeri sendiri selepas tamat pengajian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut menegaskan agenda ekonomi Bumiputera mesti merangkumi kepentingan Anak Negeri Sabah dan Sarawak, termasuk sokongan pembangunan tanah adat serta peningkatan peruntukan Program Perkhidmatan Tanah Anak Negeri (PANTAS).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengenai kebebasan beragama, beliau menggesa bantuan Rumah Ibadat Bukan Islam ditambah dan garis panduannya disesuaikan dengan keadaan rumah ibadat di tanah adat atau rezab kampung yang tidak mempunyai geran.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ewon turut mengulangi pendirian supaya JPKK Persekutuan di Sabah dimansuhkan, selain menuntut sokongan Persekutuan untuk Tahun Melawat Sabah 2027 dan pembangunan pelancongan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau juga mencadangkan mekanisme mengundi bagi membolehkan rakyat yang bekerja atau belajar di luar negeri asal menunaikan tanggungjawab itu tanpa perlu pulang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ewon menzahirkan sokongan kepada Belanjawan 2027 dengan harapan cadangan yang dikemukakan dipertimbangkan melalui pendekatan \u201cDasar Pandang Ke Timur Dalam Negara\u201d, supaya pelaksanaan pembangunan lebih menepati keperluan Sabah dan Sarawak.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick membawa agenda Sabah First dalam perbahasan Belanjawan 2027 dengan membangkitkan tuntutan hak&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40462,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[19],"tags":[],"class_list":["post-40461","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40461","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40461"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40461\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40463,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40461\/revisions\/40463"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40462"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40461"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40461"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40461"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}