{"id":40570,"date":"2026-10-18T11:18:49","date_gmt":"2026-10-18T03:18:49","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40570"},"modified":"2026-10-18T11:19:02","modified_gmt":"2026-10-18T03:19:02","slug":"anwar-sanggup-berhujan-demi-siti-nurhaliza-63000-peminat-gegarkan-bukit-jalil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/anwar-sanggup-berhujan-demi-siti-nurhaliza-63000-peminat-gegarkan-bukit-jalil\/","title":{"rendered":"Anwar sanggup berhujan demi Siti Nurhaliza, 63,000 peminat gegarkan Bukit Jalil"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KUALA LUMPUR:<\/strong> Hujan bukan penghalang buat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk bersama kira-kira 63,000 peminat menyaksikan persembahan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anwar mencuri perhatian apabila dilihat memakai baju hujan sambil menikmati Konsert Tradisional Gema Bumantara yang berlangsung dalam suasana meriah meskipun hujan membasahi stadium.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Konsert yang bermula jam 8.30 malam itu menyaksikan puluhan ribu peminat tetap setia memenuhi stadium bagi menyaksikan persembahan penyanyi kesayangan ramai berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Siti yang menyedari kehadiran Perdana Menteri tidak melepaskan peluang merakamkan penghargaan kepada Anwar kerana meluangkan masa menghadiri konsert itu walaupun mempunyai jadual tugas padat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKami berbesar hati menyambut kehadiran Perdana Menteri kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTerima kasih kerana sudi hadir memeriahkan konsert muzik tradisional terbesar saya,\u201d katanya selepas menyampaikan persembahan duet bersama Haziq Rosebi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anwar turut dilihat duduk bersebelahan suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, ketika menyaksikan persembahan yang mengangkat keindahan muzik tradisional dan warisan Nusantara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pada itu, Siti menyifatkan penganjuran Gema Bumantara sebagai impian yang akhirnya menjadi kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cWalau apa pun, ini impian yang menjadi kenyataan buat saya. Saya sendiri tidak pasti bila lagi impian ini dapat direalisasikan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cAkhirnya, ia terlaksana di sini, di stadium terbesar negara,\u201d katanya disambut sorakan gemuruh peminat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Konsert selama tiga jam itu menyaksikan Siti mempersembahkan lebih 30 lagu klasik dengan gabungan tarian zapin, wayang kulit serta busana tradisional.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Turut memeriahkan konsert ialah Noraniza Idris, Haziq Rosebi serta penyanyi popular Indonesia, Lesti Kejora dan King Nassar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Gema Bumantara berlangsung sembilan bulan selepas Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza di lokasi sama pada 10 Januari lalu yang menghimpunkan kira-kira 65,000 peminat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Konsert berkenaan bukan sekadar menghiburkan penonton, malah menjadi pentas memperkenalkan keunikan muzik tradisional kepada generasi muda.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>\u2014 SABAH NEWS TODAY<\/strong><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Hujan bukan penghalang buat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk bersama kira-kira 63,000 peminat menyaksikan persembahan Biduanita&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40571,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-40570","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40570","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40570"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40570\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40572,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40570\/revisions\/40572"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40571"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40570"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40570"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40570"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}