{"id":40576,"date":"2026-10-18T12:56:07","date_gmt":"2026-10-18T04:56:07","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40576"},"modified":"2026-10-18T12:56:12","modified_gmt":"2026-10-18T04:56:12","slug":"jangan-terlalu-sayangkan-kerusi-hajiji-beri-amaran-kepada-parti-komponen-grs","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/jangan-terlalu-sayangkan-kerusi-hajiji-beri-amaran-kepada-parti-komponen-grs\/","title":{"rendered":"\u2018Jangan terlalu sayangkan kerusi\u2019 \u2013 Hajiji beri amaran kepada parti komponen GRS"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KUDAT<\/strong>: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mengingatkan pemimpin parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) supaya tidak terlalu taksub mempertahankan jawatan dan kepentingan politik masing-masing sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hajiji yang juga pengerusi GRS berkata, kepentingan Sabah mesti sentiasa mengatasi kepentingan gabungan itu, manakala kepentingan GRS pula perlu didahulukan berbanding kepentingan mana-mana parti komponen atau individu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau menegaskan perpaduan dalam GRS menjadi asas penting untuk memperkukuh kedudukan politik Sabah, termasuk meningkatkan kuasa tawar-menawar negeri dalam hubungan dengan kerajaan Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTidak guna kita memuji kesatuan orang lain, kalau dalam rumah GRS sendiri kita masih bertelagah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKekuatan Sabah sebenarnya bermula di sini, daripada kekuatan kita sendiri,\u201d katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen GRS 2026 di Dewan Tun Mustapha, Kudat, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Jangan jadikan pembahagian kerusi punca perpecahan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hajiji berkata, perbincangan mengenai pemilihan calon dan pembahagian kerusi menjelang pilihan raya akan datang dijangka menjadi ujian kepada kesetiaan serta semangat kerjasama antara parti komponen.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, setiap pemimpin perlu membezakan antara mempertahankan prinsip perjuangan dengan mempertahankan ego politik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau mengingatkan pemimpin yang gagal memperoleh kerusi supaya tidak menjadikan keputusan itu sebagai alasan untuk merajuk, enggan bekerjasama atau menyerang rakan sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTidak ada calon GRS yang menang seorang diri! Di belakang setiap kemenangan ada jentera daripada pelbagai parti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cIngatlah, politik sentiasa berubah. Hari ini kita mungkin kuat, esok belum tentu!\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hajiji turut mengingatkan pemimpin supaya tidak terlalu mempertahankan kedudukan kerana jawatan politik bukan milik kekal mana-mana individu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSebab itu, jangan terlalu sayangkan kerusi sehingga kita lupa mengapa kita diberikan kerusi itu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Tindakan keluar gabungan jadi pengajaran<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengulas perkembangan politik dalam GRS, Hajiji berkata, tindakan sesetengah pihak meninggalkan gabungan untuk membawa haluan sendiri perlu dijadikan pengajaran kepada semua parti komponen.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tanpa menamakan mana-mana pihak, beliau berkata, pengalaman itu sepatutnya mendorong GRS memperkukuh perpaduan, meningkatkan kematangan dalam membuat keputusan dan mengetepikan ego politik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, kejayaan GRS muncul sebagai blok terbesar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada November tahun lalu bukan hasil perjuangan satu parti atau individu semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebaliknya, beliau berkata, kemenangan itu dicapai melalui sumbangan bersama semua parti komponen, kepimpinan dan jentera akar umbi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTidak ada parti yang begitu besar sehingga tidak lagi memerlukan rakannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cDan tidak ada parti yang terlalu kecil sehingga sumbangannya boleh kita abaikan. Masing-masing mempunyai peranan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">GRS ditubuhkan pada 2020 dengan membawa aspirasi memperkukuh politik tempatan bagi membolehkan rakyat Sabah menentukan hala tuju negeri sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Parti tempatan bukan jaminan sokongan rakyat<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam ucapannya, Hajiji turut mengingatkan bahawa status sebagai parti tempatan tidak secara automatik menjamin kepercayaan dan sokongan pengundi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, rakyat menilai sesebuah kerajaan berdasarkan kemampuan menyelesaikan masalah, menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cRakyat mahu sebuah kerajaan yang stabil, yang bukan sekadar pandai bercakap, tetapi mampu menyelesaikan masalah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita boleh menang berucap ketika di atas pentas, tetapi kalah dalam menawan hati rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, perbezaan pandangan politik serta kepelbagaian masyarakat Sabah perlu difahami dan dihormati bagi memastikan GRS kekal relevan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, perjuangan politik tidak seharusnya hanya tertumpu kepada kemenangan pilihan raya, sebaliknya perlu menghasilkan perubahan yang dapat dirasai rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Jangan lupa pengorbanan akar umbi<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hajiji turut mengingatkan pemimpin GRS supaya tidak melupakan pengorbanan ahli akar umbi yang menjadi tulang belakang kemenangan gabungan itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, ramai petugas parti sanggup menggunakan wang dan kenderaan sendiri, selain mengorbankan masa bersama keluarga untuk membantu kempen pilihan raya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cOrang-orang inilah yang sebenarnya menjadi asas kekuatan GRS.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita yang berada di atas pentas ini boleh berdiri di sini kerana ramai orang di bawah dan di luar sana yang membantu dan mengangkat kita sampai pada kedudukan ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMakanya, jangan sekali-kali kita lupa pada mereka,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pada itu, Hajiji turut menyeru supaya generasi muda diberikan ruang lebih besar dalam kepimpinan GRS tanpa mengetepikan pengalaman pemimpin lama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, hubungan antara parti komponen perlu berasaskan kepercayaan, sikap saling menghormati dan kesediaan bertolak ansur.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hajiji menegaskan empat prinsip perjuangan GRS, iaitu <strong>Sabah First, Sabah United, Sabah Forward dan Sabah Prosper<\/strong>, tidak seharusnya tinggal sebagai slogan politik semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebaliknya, prinsip itu perlu dibuktikan melalui dasar, tindakan dan pencapaian pentadbiran yang benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>\u2014 SABAH NEWS TODAY<\/strong><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUDAT: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mengingatkan pemimpin parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) supaya tidak terlalu&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40577,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-40576","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40576","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40576"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40576\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40578,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40576\/revisions\/40578"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40577"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40576"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40576"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40576"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}