{"id":40622,"date":"2026-10-20T09:25:59","date_gmt":"2026-10-20T01:25:59","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40622"},"modified":"2026-10-20T09:26:31","modified_gmt":"2026-10-20T01:26:31","slug":"kekerapan-feri-kudat-banggi-berkurang-kpdn-mohon-subsidi-diesel-diperluas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kekerapan-feri-kudat-banggi-berkurang-kpdn-mohon-subsidi-diesel-diperluas\/","title":{"rendered":"Kekerapan feri Kudat-Banggi berkurang, KPDN mohon subsidi diesel diperluas"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KUDAT<\/strong>: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kewangan (MOF) supaya subsidi diesel diperluaskan kepada pengusaha feri laluan Kudat-Pulau Banggi susulan pengurangan kekerapan perjalanan yang dikaitkan dengan peningkatan kos operasi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, cadangan itu dibuat selepas kerajaan mengambil maklum masalah yang dihadapi penduduk Pulau Banggi apabila dua syarikat pengendali feri sedia ada mengurangkan jumlah perjalanan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, KPDN bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi dan agensi berkaitan sudah mengadakan sesi libat urus dengan kedua-dua pengendali bagi mengenal pasti punca masalah berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hasil perbincangan mendapati pengurangan kekerapan perjalanan dikaitkan dengan peningkatan kos operasi, khususnya harga bahan api diesel.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKPDN telah mengangkat cadangan kepada Kementerian Kewangan untuk mempertimbangkan peluasan pemberian subsidi diesel kepada pengusaha perkhidmatan feri bagi laluan Kudat-Pulau Banggi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cCadangan ini dibuat berdasarkan keperluan perkhidmatan feri bagi sektor ini adalah tertumpu kepada keperluan perhubungan penduduk setempat dan bukannya aktiviti pelancongan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sentuhan Kasih, Jualan Rahmah Madani dan Advokasi Kepenggunaan di Dewan Terbuka ESSCOM, Pulau Banggi, Isnin lalu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Penduduk bergantung kepada feri<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Armizan berkata, perkhidmatan feri Kudat-Pulau Banggi bukan sekadar kemudahan pengangkutan, sebaliknya menjadi penghubung utama penduduk pulau itu dengan tanah besar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, penduduk bergantung kepada perkhidmatan berkenaan untuk menjalankan aktiviti ekonomi, mendapatkan perkhidmatan asas serta membawa masuk bekalan keperluan harian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru, pengurangan kekerapan perjalanan memberi kesan kepada keperluan perhubungan masyarakat setempat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, peluasan subsidi diesel yang dicadangkan dijangka membantu mengurangkan tekanan kos operasi pengendali, sekali gus membolehkan jumlah perjalanan ditingkatkan semula.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, cadangan itu masih tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Kementerian Kewangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPerincian mekanisme pelaksanaan akan diumumkan tertakluk kepada persetujuan dan keputusan Kementerian Kewangan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setakat ini, kerajaan belum mengumumkan keputusan mengenai kelulusan subsidi berkenaan atau bila peningkatan kekerapan perjalanan feri dapat dilaksanakan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>35 siri Jualan Rahmah di Pulau Banggi<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam perkembangan berkaitan, Armizan berkata, KPDN turut mempergiat pelaksanaan program menangani kos sara hidup penduduk Pulau Banggi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, sebanyak 35 siri Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) dilaksanakan di pulau itu bagi tempoh 1 Januari hingga 18 Oktober tahun ini, berbanding 31 siri sepanjang 2025.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, Program Pengedaran Barang Perlu pula merangkumi 77 lokasi jualan atau <em>point of sale<\/em> (POS) yang melibatkan tiga zon utama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Zon berkenaan ialah Karakit, Damaran dan pulau-pulau sekitar Pulau Banggi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, pelaksanaan program itu bertujuan memastikan penduduk mempunyai akses kepada bekalan barangan keperluan harian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Program berkenaan turut menyaksikan penyampaian geran tanah, sumbangan Bakul Rahmah serta bantuan wang tunai menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUDAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kewangan (MOF) supaya subsidi diesel diperluaskan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40623,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-40622","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40622","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40622"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40622\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40625,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40622\/revisions\/40625"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40623"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40622"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40622"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40622"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}