{"id":40654,"date":"2026-10-21T15:29:06","date_gmt":"2026-10-21T07:29:06","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40654"},"modified":"2026-10-21T15:29:25","modified_gmt":"2026-10-21T07:29:25","slug":"pga-bongkar-kegiatan-disyaki-seleweng-15000-liter-diesel-subsidi-di-tawau","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pga-bongkar-kegiatan-disyaki-seleweng-15000-liter-diesel-subsidi-di-tawau\/","title":{"rendered":"PGA bongkar kegiatan disyaki seleweng 15,000 liter diesel subsidi di Tawau"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>TAWAU:<\/strong> Kegiatan disyaki menyeleweng minyak diesel bersubsidi terbongkar selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) mengesan kira-kira 15,000 liter bahan api itu dalam operasi pemantauan dan risikan di Jalan Sin On Tiku, di sini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam kejadian pada Selasa, PGA menyerahkan kes berkenaan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tawau untuk tindakan lanjut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KPDN Tawau dalam kenyataan memaklumkan, nilai keseluruhan rampasan termasuk minyak diesel dan peralatan yang disita dianggarkan RM112,050.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, antara peralatan yang disita ialah dua tangki berwarna hijau, dua gulung hos paip bersaiz satu inci dengan anggaran panjang masing-masing 10 dan lima meter serta dua set pam jenama Piusi dan K-44.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKes ini diserahkan oleh PGA kepada Seksyen Penguat Kuasa KPDN Cawangan Tawau susulan pemantauan dan risikan yang dijalankan di sekitar Jalan Sin On Tiku.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSebanyak 15,000 liter minyak diesel bersubsidi disyaki terbabit dalam kegiatan penyelewengan berkenaan,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KPDN Tawau memaklumkan, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi menyiasat kes berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, individu yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM3 juta bagi kesalahan berikutnya, atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi syarikat pula, denda sehingga RM2 juta boleh dikenakan bagi kesalahan pertama dan sehingga RM5 juta bagi kesalahan berikutnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKPDN Tawau komited membanteras sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan bagi melindungi kepentingan rakyat dan negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSebarang cubaan menyeleweng atau menyalahgunakan minyak diesel adalah kesalahan serius dan tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penyelewengan barang kawalan boleh menghubungi KPDN Tawau di talian <a href=\"tel:089-776690\">089-776690<\/a> atau mengemukakan aduan melalui saluran rasmi kementerian.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAWAU: Kegiatan disyaki menyeleweng minyak diesel bersubsidi terbongkar selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) mengesan kira-kira 15,000 liter bahan api itu&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40655,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-40654","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40654","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40654"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40654\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40656,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40654\/revisions\/40656"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40655"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40654"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40654"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40654"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}