{"id":40708,"date":"2026-10-24T13:49:30","date_gmt":"2026-10-24T05:49:30","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40708"},"modified":"2026-10-24T13:49:42","modified_gmt":"2026-10-24T05:49:42","slug":"salah-pilih-pemimpin-boleh-jejaskan-kekuatan-warisan-jaujan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/salah-pilih-pemimpin-boleh-jejaskan-kekuatan-warisan-jaujan\/","title":{"rendered":"Salah pilih pemimpin boleh jejaskan kekuatan Warisan \u2013 Jaujan"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\">SANDAKAN: Pemilihan kepimpinan Parti Warisan (Warisan) bagi penggal 2026\u20132029 perlu dijadikan medan memilih pemimpin berwibawa dan berkualiti bagi memastikan parti itu terus kukuh menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Naib Presidennya, Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata, kesilapan memilih pemimpin bukan sahaja boleh menjejaskan kekuatan organisasi, malah memberi kesan terhadap keyakinan rakyat kepada parti berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, proses pemilihan tidak seharusnya dilihat sekadar pertandingan merebut jawatan, sebaliknya peluang kepada ahli untuk menilai kemampuan calon yang bakal menerajui kepimpinan parti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cUntuk menguatkan parti, kita mesti mempunyai ahli yang ramai, tetapi kita juga mahukan ahli yang berkualiti dan kompeten.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPemimpin bukan sekadar perlu bijak, hebat atau berpendidikan, tetapi mesti mempunyai daya tarikan dari segi perwatakan dan keperibadian yang baik,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Persidangan Agung Tahunan dan Pemilihan Wanita, Wira dan Wirawati Warisan 2026 di Dewan Yu Yuan, di sini, pada Sabtu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jaujan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan berkata, kekuatan sesebuah parti politik bukan hanya bergantung kepada jumlah keahlian, sebaliknya turut ditentukan oleh kualiti pemimpin serta penerimaan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, setiap ahli mempunyai tanggungjawab memastikan calon yang dipilih benar-benar mampu memimpin dan memperkukuh organisasi, khususnya dalam menghadapi cabaran politik akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cRakyat bukan hanya menilai calon berdasarkan kebijaksanaan atau kekuatan parti, tetapi turut melihat kepimpinan dan bagaimana ahli parti memainkan peranan masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSebab itu, pemilihan ini peluang untuk kita menilai semua peringkat, daripada individu, ahli ketiga-tiga sayap hinggalah kepimpinan tertinggi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pada itu, Jaujan mengingatkan ahli supaya tidak membiarkan persaingan dalam pemilihan mencetuskan perpecahan yang akhirnya boleh melemahkan parti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, perbezaan pilihan dan sokongan terhadap calon merupakan sebahagian daripada proses demokrasi, namun perpaduan dalam kalangan ahli perlu terus dipelihara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPemilihan itu satu perkara, tetapi matlamatnya adalah untuk menguatkan dan memantapkan parti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPerpaduan adalah kekuatan sesebuah organisasi. Kita perlu memastikan perbezaan pilihan dalam pemilihan tidak menyebabkan perpecahan, sebaliknya menjadikan parti lebih kuat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, beliau berharap pemilihan kali ini dapat melahirkan barisan kepimpinan yang bukan sahaja berwibawa, malah mampu menyatukan ahli serta memperkukuh persediaan Warisan menghadapi PRU16.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u2014 SABAH NEWS TODAY<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SANDAKAN: Pemilihan kepimpinan Parti Warisan (Warisan) bagi penggal 2026\u20132029 perlu dijadikan medan memilih pemimpin berwibawa dan berkualiti bagi memastikan parti&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40709,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-40708","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40708","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40708"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40708\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40710,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40708\/revisions\/40710"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40709"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40708"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40708"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40708"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}