{"id":40719,"date":"2026-10-25T14:18:47","date_gmt":"2026-10-25T06:18:47","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40719"},"modified":"2026-10-25T14:19:33","modified_gmt":"2026-10-25T06:19:33","slug":"kerjasama-politik-mesti-ikhlas-bukan-sekadar-rebut-kerusi-shafie","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kerjasama-politik-mesti-ikhlas-bukan-sekadar-rebut-kerusi-shafie\/","title":{"rendered":"Kerjasama politik mesti ikhlas, bukan sekadar rebut kerusi \u2013 Shafie"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\">SANDAKAN: Sebarang kerjasama politik antara Parti Warisan (WARISAN) dengan parti lain perlu berlandaskan keikhlasan dan sikap saling menghormati, bukannya semata-mata untuk mendapatkan pembahagian kerusi pilihan raya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Presiden WARISAN, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, kerjasama yang dibentuk perlu mengambil kira kekuatan setiap parti, selain memastikan calon yang diketengahkan mendapat sokongan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, parti yang mempunyai kekuatan di sesuatu kawasan juga tidak seharusnya menggunakan kelebihan itu untuk membolot semua kerusi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTidak ada ertinya kita meletakkan calon kalau tidak menang. Kita perlu memastikan siapa yang boleh menang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cNamun, jangan pula apabila kita mempunyai kekuatan, kita mahu mengambil semuanya. Kita perlu berpegang kepada nilai sebagai manusia dan pemimpin,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan dan Pemilihan WARISAN 2026 di Dewan Hakka, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Shafie berkata, WARISAN sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan parti politik lain, termasuk kemungkinan menjalin persefahaman bersama Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, katanya, perkara itu masih belum sampai ke peringkat perbincangan secara terperinci.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, kerjasama politik penting bagi memperkukuh kedudukan Sabah di peringkat Persekutuan kerana negeri ini hanya mempunyai 25 daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita suka atau tidak, kita perlu bekerjasama kerana Sabah hanya mempunyai 25 kerusi daripada 222 kerusi di peringkat Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cDalam kerjasama itu, perlu ada keikhlasan dan kebaikan. Kekuatan sesebuah parti boleh membantu menampung kelemahan parti lain,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, pengalaman kerjasama politik terdahulu memberikan pengajaran penting kepada WARISAN untuk memperbaiki kelemahan dan merangka strategi lebih berkesan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pada itu, Shafie turut mengingatkan pemimpin politik supaya tidak hanya bergantung kepada populariti di media sosial seperti TikTok dan WhatsApp.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebaliknya, beliau menegaskan kepentingan pemimpin turun padang bagi memahami masalah dan keperluan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sementara itu, Shafie memaklumkan WARISAN merancang bertanding di 26 kerusi pada pilihan raya akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Majlis berkenaan turut dihadiri Pemangku Timbalan Presiden STAR, Datuk Lawrence Gimbang dan Pemangku Presiden KDM, Priscella Peter.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u2014 SABAH NEWS TODAY<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SANDAKAN: Sebarang kerjasama politik antara Parti Warisan (WARISAN) dengan parti lain perlu berlandaskan keikhlasan dan sikap saling menghormati, bukannya semata-mata&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40720,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-40719","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40719","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40719"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40719\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40721,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40719\/revisions\/40721"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40720"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40719"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40719"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40719"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}