{"id":40722,"date":"2026-10-25T23:25:36","date_gmt":"2026-10-25T15:25:36","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40722"},"modified":"2026-10-25T23:25:46","modified_gmt":"2026-10-25T15:25:46","slug":"banjir-sepanggar-berlarutan-mustapha-gesa-tindakan-segera","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/banjir-sepanggar-berlarutan-mustapha-gesa-tindakan-segera\/","title":{"rendered":"Banjir Sepanggar berlarutan, Mustapha gesa tindakan segera"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU<\/strong>: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud menggesa tindakan segera dan penyelesaian menyeluruh bagi menangani masalah banjir berulang di Sepanggar dan kawasan sekitarnya, termasuk Inanam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan sekali lagi menimbulkan kebimbangan penduduk, khususnya mereka yang tinggal di lokasi berisiko banjir kilat dan tanah runtuh.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, masalah banjir di Sepanggar bukan perkara baharu, sebaliknya isu berlarutan yang memerlukan perhatian serius serta tindakan berterusan daripada semua pihak berkaitan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cIsu banjir di Sepanggar bukan perkara baharu. Ia merupakan masalah berlarutan yang memerlukan perhatian serius, penelitian menyeluruh dan tindakan berterusan daripada semua pihak berkaitan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mustapha berkata, beliau telah melawat beberapa kawasan bagi meninjau keadaan semasa serta melihat sendiri situasi yang dihadapi penduduk susulan hujan lebat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, masalah berkenaan akan terus dibawa kepada pihak berkaitan termasuk Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan penelitian menyeluruh dapat dilaksanakan sebelum tindakan susulan yang segera dan berkesan diambil.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKeselamatan dan kebajikan penduduk tidak boleh dipandang ringan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cUsaha mencari penyelesaian terhadap masalah banjir yang berlarutan ini perlu diteruskan dengan kerjasama erat antara semua agensi berkaitan agar langkah sewajarnya dapat dikenal pasti dan dilaksanakan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mustapha menegaskan, kerjasama antara agensi amat penting bagi mengenal pasti langkah bersesuaian untuk mengurangkan risiko banjir kilat dan tanah runtuh yang boleh mengancam keselamatan penduduk.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut berharap penduduk Sepanggar dan kawasan sekitarnya sentiasa berada dalam keadaan selamat ketika menghadapi cuaca buruk.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>\u2014 SABAH NEWS TODAY<\/strong><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud menggesa tindakan segera dan penyelesaian menyeluruh bagi&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40723,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-40722","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40722","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40722"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40722\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40724,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40722\/revisions\/40724"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40723"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40722"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40722"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40722"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}