{"id":40748,"date":"2026-10-27T23:48:26","date_gmt":"2026-10-27T15:48:26","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40748"},"modified":"2026-10-27T23:48:32","modified_gmt":"2026-10-27T15:48:32","slug":"hampir-sejam-tolak-perahu-akibat-muara-cetek-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/hampir-sejam-tolak-perahu-akibat-muara-cetek-2\/","title":{"rendered":"Hampir sejam tolak perahu akibat muara cetek"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU:<\/strong>&nbsp;Hampir sejam terpaksa menolak perahu setiap kali air surut. Itu antara kesukaran dialami lebih 60 nelayan pesisir pantai akibat muara Sungai Likas yang semakin cetek.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masalah berlarutan sejak sekian lama itu menyebabkan nelayan di Kampung Bangka-Bangka, Kampung Likas, Rampayan, Kalansanan dan Darau sukar keluar ke laut serta pulang membawa hasil tangkapan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Wakil nelayan, Awang Mini Madasin berkata, keadaan paling mencabar berlaku ketika air surut apabila perahu tidak dapat melalui laluan cetek seperti biasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKetika muara surut atau cetek, masalah ini sangat menghantui nelayan kecil untuk keluar atau balik ke jeti berhampiran.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKami mengambil masa sehingga hampir sejam, malah terpaksa menolak perahu lebih jauh sehingga menjejaskan aktiviti seharian,\u201d katanya kepada Sabah News Today.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Awang Mini, masalah itu sudah lama dilaporkan kepada pihak berkaitan, namun nelayan masih menunggu tindakan penyelesaian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, kelewatan keluar dan pulang dari laut memberi kesan kepada nelayan yang bergantung sepenuhnya kepada hasil tangkapan harian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seorang lagi nelayan, Abd Sani Imbrani berkata, mereka turut berdepan masalah sama di laluan laut berhampiran Menara Kinabalu sebelum memasuki muara Sungai Likas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cLaluan masuk sangat kecil dan cetek sehingga menyukarkan kami menggerakkan perahu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cAda masanya kami terpaksa meninggalkan perahu sementara di kawasan berhampiran dan menunggu air pasang sebelum dapat meneruskan perjalanan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Abd Sani berkata, kerja mendalamkan laluan muara amat diperlukan bagi memudahkan pergerakan nelayan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, pembeli sudah tersedia untuk mendapatkan hasil tangkapan mereka, namun masalah laluan cetek terus mengganggu aktiviti mencari rezeki.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sementara itu, ADUN Darau, Azhar Matussin, turut membangkitkan masalah muara Sungai Likas dalam persidangan DUN Sabah kerana isu berkenaan menjejaskan komuniti nelayan pesisir pantai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nelayan berharap tindakan segera dapat diambil supaya mereka tidak lagi terpaksa bergelut dengan keadaan muara yang cetek setiap kali keluar mencari rezeki.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>\u2014 SABAH NEWS TODAY<\/strong><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU:&nbsp;Hampir sejam terpaksa menolak perahu setiap kali air surut. Itu antara kesukaran dialami lebih 60 nelayan pesisir pantai akibat&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40749,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-40748","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40748","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40748"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40748\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40750,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40748\/revisions\/40750"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40749"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40748"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40748"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40748"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}