{"id":40760,"date":"2026-10-28T14:48:01","date_gmt":"2026-10-28T06:48:01","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40760"},"modified":"2026-10-28T14:48:09","modified_gmt":"2026-10-28T06:48:09","slug":"apa-guna-asing-jawatan-jika-pendakwa-raya-masih-dikawal-politik-shafie","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/apa-guna-asing-jawatan-jika-pendakwa-raya-masih-dikawal-politik-shafie\/","title":{"rendered":"\u2018Apa guna asing jawatan jika Pendakwa Raya masih dikawal politik?\u2019 \u2014 Shafie"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU:<\/strong> Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal mempersoalkan keberkesanan cadangan pengasingan jawatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya sekiranya pembaharuan itu gagal menghapuskan ruang campur tangan politik dalam institusi pendakwaan negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, walaupun langkah kerajaan mengasingkan kedua-dua jawatan wajar dialu-alukan, perubahan struktur pentadbiran tidak semestinya menjamin kebebasan institusi berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cApa gunanya kedua-dua jawatan ini diasingkan sekiranya pengaruh dan campur tangan politik masih boleh berlaku?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita tidak seharusnya sekadar mengubah struktur pentadbiran sedangkan masalah yang sama terus berlarutan,\u201d katanya dalam kenyataan media.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Shafie berkata, persoalan mengenai kebebasan sistem pendakwaan sudah lama dibangkitkan, khususnya dalam kes membabitkan ahli politik, individu berpengaruh atau mereka yang mempunyai hubungan dengan kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, keputusan untuk mendakwa atau menggugurkan pertuduhan mesti dibuat berdasarkan bukti dan undang-undang, bukannya kepentingan politik pihak tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau menegaskan, institusi Pendakwa Raya perlu benar-benar bebas daripada kuasa eksekutif, tetapi kebebasan itu tidak boleh dijadikan alasan untuk mengelak daripada pengawasan dan kebertanggungjawaban.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Parlimen perlu diberi kuasa pengawasan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Shafie menggesa supaya sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang merangkumi wakil kerajaan dan pembangkang diberikan kuasa meneliti dasar, pentadbiran, perbelanjaan dan prestasi keseluruhan institusi Pendakwa Raya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut menyokong cadangan melibatkan Parlimen dalam proses pelantikan serta mewajibkan laporan tahunan institusi berkenaan dibentangkan kepada badan perundangan itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, katanya, pengawasan Parlimen mesti mempunyai batas yang jelas supaya ahli politik tidak diberikan ruang menentukan keputusan pendakwaan dalam kes individu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTiada ahli politik, sama ada daripada kerajaan mahupun pembangkang, boleh menentukan siapa yang patut didakwa atau pertuduhan terhadap siapa yang perlu digugurkan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Shafie, proses pelantikan Pendakwa Raya juga mesti telus, dengan jaminan tempoh perkhidmatan dan perlindungan daripada tekanan politik serta pemecatan secara sewenang-wenangnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau mahu perlindungan itu dimaktubkan secara jelas dalam Perlembagaan dan undang-undang, bukan sekadar bergantung kepada budi bicara atau niat baik kerajaan yang memerintah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>\u2018Tidak boleh ada dua darjat\u2019<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Shafie berkata, ukuran sebenar kebebasan institusi pendakwaan ialah sama ada tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang mempunyai kuasa politik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, pemimpin kerajaan yang melanggar undang-undang mesti tertakluk kepada tindakan sama seperti pemimpin pembangkang dan rakyat biasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTidak boleh ada dua darjat dalam penguatkuasaan undang-undang,\u201d tegasnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut mengingatkan bahawa pembaharuan institusi pendakwaan perlu dirangka supaya mampu bertahan walaupun berlaku pertukaran kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita tidak mahu Pendakwa Raya yang hanya bebas pada nama tetapi hakikatnya masih dikawal oleh mereka yang berkuasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita mahukan sebuah institusi yang menjunjung undang-undang, bukannya berkhidmat untuk kepentingan kerajaan yang memerintah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Shafie menggesa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen memastikan pembaharuan yang dicadangkan benar-benar menjamin kebebasan Pendakwa Raya, perlindungan undang-undang yang kukuh dan mekanisme kebertanggungjawaban yang berkesan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTiada sesiapa pun berada di atas undang-undang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>\u2014 SABAH NEWS TODAY<\/strong><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal mempersoalkan keberkesanan cadangan pengasingan jawatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya sekiranya pembaharuan itu&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40761,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-40760","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40760","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40760"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40760\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40762,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40760\/revisions\/40762"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40761"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40760"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40760"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40760"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}