{"id":40763,"date":"2026-10-28T16:01:51","date_gmt":"2026-10-28T08:01:51","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40763"},"modified":"2026-10-28T16:02:04","modified_gmt":"2026-10-28T08:02:04","slug":"esscom-gempur-kunak-10-ditahan-nilai-rampasan-dan-kompaun-cecah-rm269439","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/esscom-gempur-kunak-10-ditahan-nilai-rampasan-dan-kompaun-cecah-rm269439\/","title":{"rendered":"ESSCOM gempur Kunak, 10 ditahan, nilai rampasan dan kompaun cecah RM269,439"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KUNAK:<\/strong> Seramai 10 individu ditahan, manakala nilai keseluruhan rampasan, kompaun dan anggaran penalti mencecah RM269,439.26 dalam operasi besar-besaran Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di daerah ini, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Operasi Gasak Laut dan Operasi Bersepadu itu membabitkan 202 pegawai serta anggota daripada 19 jabatan dan agensi penguatkuasaan yang menggempur premis perniagaan serta kawasan darat dan laut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Komander ESSCOM, DCP Datuk Victor B Sanjos berkata, enam individu ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) atas kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959\/63 selepas pemeriksaan terhadap 64 orang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, empat lagi individu ditahan polis mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas pemeriksaan terhadap 12 premis dan 60 individu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah merekodkan lima kes kompaun bernilai RM170,000 hasil pemeriksaan terhadap 10 premis perniagaan membabitkan 45 pekerja.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pula merampas rokok dengan anggaran nilai termasuk duti sebanyak RM30,939.26 hasil pemeriksaan terhadap enam premis,\u201d katanya dalam kenyataan, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut mengeluarkan kompaun RM5,000, manakala Majlis Daerah Kunak mengenakan kompaun RM500 terhadap sebuah premis yang beroperasi tanpa lesen sah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam operasi sama, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) merampas kabel elektrik seberat tujuh kilogram bernilai kira-kira RM3,000 selepas memeriksa 22 rumah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) pula merampas sembilan enjin bot pam, sebuah enjin sangkut dan sebuah bot dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM10,000.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sementara itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenal pasti lima kes disyaki melakukan kesalahan untuk siasatan lanjut, dengan anggaran penalti maksimum RM50,000 tertakluk kepada hasil siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Victor berkata, operasi berkenaan dilaksanakan bagi membanteras penyeludupan, penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi, aktiviti berkaitan barangan tidak bercukai serta keberadaan pendatang asing tanpa izin (PATI).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, ESSCOM akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTiada Hari Tanpa Operasi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan boleh menghubungi Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863181 atau WhatsApp 011-63311072.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>\u2014 SABAH NEWS TODAY<\/strong><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUNAK: Seramai 10 individu ditahan, manakala nilai keseluruhan rampasan, kompaun dan anggaran penalti mencecah RM269,439.26 dalam operasi besar-besaran Eastern Sabah&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40764,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-40763","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40763","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40763"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40763\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40765,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40763\/revisions\/40765"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40764"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40763"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40763"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40763"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}