{"id":40773,"date":"2026-10-29T08:43:53","date_gmt":"2026-10-29T00:43:53","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40773"},"modified":"2026-10-29T08:44:03","modified_gmt":"2026-10-29T00:44:03","slug":"miti-sokong-zon-ekonomi-khas-bimp-eaga-poic-lahad-datu-berpotensi-jadi-hab-pelaburan-serantau","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/miti-sokong-zon-ekonomi-khas-bimp-eaga-poic-lahad-datu-berpotensi-jadi-hab-pelaburan-serantau\/","title":{"rendered":"MITI sokong zon ekonomi khas BIMP-EAGA, POIC Lahad Datu berpotensi jadi hab pelaburan serantau"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KUALA LUMPUR:<\/strong> Taman Perindustrian Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu berpotensi muncul sebagai hab perindustrian, perdagangan dan logistik serantau susulan sokongan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) terhadap cadangan pembangunan Zon Ekonomi Khas BIMP-EAGA di kawasan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, cadangan dikemukakan Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick itu mampu memperkukuh kedudukan Sabah sebagai pintu masuk timur Malaysia atau <em>Eastern Gateway to Malaysia<\/em>, khususnya dalam menarik pelaburan dan merancakkan aktiviti ekonomi rentas sempadan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, pembangunan POIC Lahad Datu sepatutnya diberikan perhatian lebih awal memandangkan kawasan berkenaan mempunyai pelbagai kelebihan untuk dimajukan sebagai pusat perindustrian strategik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya menyokong cadangan Yang Berhormat ini kerana perkara tersebut sudah lama sepatutnya dilaksanakan. Sepatutnya, POIC dibangunkan lebih awal daripada Zon Ekonomi Khas Johor\u2013Singapura,\u201d katanya ketika menggulung perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Johari berkata, POIC Lahad Datu yang meliputi kawasan seluas lebih 4,400 ekar mempunyai kelebihan dari segi ketersediaan tanah, kemudahan pelabuhan dengan kedalaman mencukupi serta potensi pembangunan infrastruktur logistik dan penyimpanan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, kelebihan itu boleh dimanfaatkan bagi menarik pelaburan dalam sektor pembuatan, pemprosesan komoditi dan industri hiliran, sekali gus memperluas aktiviti ekonomi di pantai timur Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, pembangunan zon ekonomi khas berkenaan juga berpotensi memperkukuh rantaian nilai industri kelapa sawit, khususnya dalam bidang penapisan, oleokimia, pemprosesan dan penghancuran isirung sawit.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSabah dan Sarawak secara bersama menghasilkan hampir sembilan juta tan metrik minyak sawit mentah (CPO), bersamaan kira-kira 45 peratus daripada pengeluaran negara yang berjumlah sekitar 20 juta tan metrik,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Johari, jumlah pengeluaran itu menunjukkan potensi besar untuk memperluas aktiviti pemprosesan hiliran yang dapat meningkatkan nilai tambah kepada komoditi berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, beliau menegaskan pembangunan zon ekonomi khas itu perlu dilaksanakan berdasarkan perancangan menyeluruh dengan mengenal pasti sektor industri yang benar-benar berpotensi menarik pelaburan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, Johari menyarankan Kerajaan Negeri Sabah mendapatkan khidmat perunding bagi menyediakan kertas cadangan pembangunan yang terperinci, termasuk menentukan sektor industri yang sesuai dibangunkan di POIC Lahad Datu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSelepas itu, kita boleh mengadakan pembentangan. Saya juga akan menyokong cadangan ini untuk dibawa kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cDi pihak MITI, kita akan meneliti aspek industri yang hendak dibangunkan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sementara itu, Ewon menyambut baik sokongan MITI dan menyatakan keyakinan Kerajaan Sabah akan mengambil tindakan susulan terhadap saranan yang dikemukakan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut menjemput Johari mengadakan lawatan kerja ke POIC Lahad Datu sebagai langkah awal memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sabah bagi merealisasikan cadangan itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terdahulu, pada 13 Oktober lalu, Ewon ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat mencadangkan supaya POIC Lahad Datu dibangunkan sebagai Zon Ekonomi Khas BIMP-EAGA bagi memperkukuh pembangunan perindustrian Sabah serta membuka peluang pelaburan melalui kerjasama ekonomi serantau.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>\u2014 SABAH NEWS TODAY<\/strong><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Taman Perindustrian Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu berpotensi muncul sebagai hab perindustrian, perdagangan dan logistik serantau susulan sokongan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40774,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[19],"tags":[],"class_list":["post-40773","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40773","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40773"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40773\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40775,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40773\/revisions\/40775"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40774"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40773"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40773"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40773"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}