{"id":40789,"date":"2026-10-30T08:36:10","date_gmt":"2026-10-30T00:36:10","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40789"},"modified":"2026-10-30T08:36:20","modified_gmt":"2026-10-30T00:36:20","slug":"291-projek-pembangunan-siap-di-sabah-bukti-kemajuan-negeri-nizam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/291-projek-pembangunan-siap-di-sabah-bukti-kemajuan-negeri-nizam\/","title":{"rendered":"291 projek pembangunan siap di Sabah, bukti kemajuan negeri \u2013 Nizam"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU<\/strong>: Sebanyak 291 projek pembangunan berjaya disiapkan di Sabah sepanjang 2026, sekali gus mencerminkan kemajuan pelaksanaan agenda pembangunan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, pencapaian itu turut disusuli peningkatan kadar perbelanjaan pembangunan Persekutuan di Sabah daripada 52.07 peratus pada 10 Ogos kepada 71.78 peratus setakat 26 Oktober lalu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, peningkatan sebanyak 19.71 mata peratusan dalam tempoh kurang tiga bulan menunjukkan perkembangan positif dalam pelaksanaan projek pembangunan di negeri ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPeningkatan sebanyak 19.71 mata peratusan dalam tempoh kurang tiga bulan ini amat membanggakan dan memperlihatkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan projek pembangunan dilaksanakan dengan lebih berkesan,\u201d katanya dalam kenyataan pada Jumaat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nizam berkata, kejayaan menyiapkan projek berkenaan merupakan hasil kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, termasuk kementerian, jabatan serta agensi pelaksana.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, antara projek yang berjaya disiapkan ialah Sekolah Menengah Sains Sabah di Kota Kinabalu dan Sekolah Kebangsaan Buit Hill di Penampang yang dijangka memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya dalam meningkatkan kemudahan pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Hajiji atas perhatian berterusan terhadap agenda pembangunan negeri, termasuk penekanan kepada kecekapan pelaksanaan projek, penyelarasan antara agensi dan penggunaan peruntukan secara optimum.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, Nizam menyokong gesaan Ketua Menteri dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Sabah supaya semua kementerian dan agensi pelaksana mempergiat usaha serta menetapkan langkah penyelesaian yang jelas bagi memastikan kelancaran projek.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPendekatan berorientasikan hasil penting supaya setiap perancangan kerajaan dapat diterjemahkan kepada manfaat sebenar kepada rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam perkembangan berkaitan, beliau menyambut baik peningkatan peruntukan pembangunan kepada Sabah menerusi Belanjawan MADANI 2027 sebanyak RM18.7 bilion berbanding RM17.6 bilion pada tahun sebelumnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, keutamaan terhadap projek strategik termasuk Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B, projek STATCOM di Sandakan dan Talian Penghantaran Southern Link di Sipitang amat dialu-alukan bagi memperkukuh jaringan infrastruktur negeri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nizam berkata, peruntukan hampir RM1.3 bilion bagi menaik taraf 682 sekolah daif di seluruh negara, khususnya di Sabah dan Sarawak, turut diharap dapat meningkatkan kemudahan pendidikan serta kesejahteraan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cDengan kerjasama erat Kerajaan Negeri dan Persekutuan, kita yakin momentum pembangunan ini dapat diteruskan bagi merancakkan ekonomi, memperluas kemudahan infrastruktur dan meningkatkan kualiti hidup rakyat di seluruh Sabah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut menghargai sumbangan penjawat awam serta semua kementerian, jabatan dan agensi pelaksana yang terlibat dalam menjayakan projek pembangunan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>\u2014 SABAH NEWS TODAY<\/strong><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Sebanyak 291 projek pembangunan berjaya disiapkan di Sabah sepanjang 2026, sekali gus mencerminkan kemajuan pelaksanaan agenda pembangunan negeri&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":35737,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-40789","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40789","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40789"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40789\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40790,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40789\/revisions\/40790"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/35737"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40789"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40789"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40789"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}