{"id":4083,"date":"2021-09-07T05:02:31","date_gmt":"2021-09-07T05:02:31","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=4083"},"modified":"2021-09-07T05:02:31","modified_gmt":"2021-09-07T05:02:31","slug":"ums-bangun-aplikasi-ar-eko-sains-bantu-pdp-stem-luar-bilik-darjah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/ums-bangun-aplikasi-ar-eko-sains-bantu-pdp-stem-luar-bilik-darjah\/","title":{"rendered":"UMS bangun aplikasi AR Eko-Sains bantu PdP STEM luar bilik darjah"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) membangunkan AR Eko-Sains, aplikasi mudah alih menggunakan teknologi realiti berperantaraan (augmented reality) bagi membantu pembelajaran serta pengajaran (PdP) Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di luar bilik darjah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u00a0<\/span>Ketua Penyelidik, Siti Hasnah Tanalol berkata, aplikasi itu dihasilkan berasaskan Taman Eko-Sains pertama di Sabah yang terletak di Sekolah Kebangsaan (SK) Kundasang, Ranau.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u00a0<\/span>\u201cKandungannya adalah bersesuaian dengan kemudahan pembelajaran di taman ini. Antara topik yang dibangunkan adalah Akuafonik dan Biokompos.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cDalam aplikasi ini, kita menerapkan elemen gamifikasi bagi menarik minat pelajar dalam STEM khususnya bidang Sains,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u00a0<\/span>Siti Hasnah berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Menurutnya, Modul AR dalam aplikasi itu berfungsi apabila pelajar mengimbas penanda sekali gus memaparkan maklumat dalam bentuk animasi dan video berserta penerangan dan fungsi-fungsinya dari sudut Sains.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cWalaupun pada asalnya aplikasi ini dibangunkan untuk sekolah dan Taman Eko-Sains, namun sedikit penyesuaian semula dilakukan seiring dengan pembudayaan norma baharu pembelajaran secara dalam talian akibat pandemik Covid-19.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cSelain menyertakan imej penanda AR (marker), aplikasi ini juga menyelitkan rakaman video daripada guru-guru Sains bagi menerangkan topik-topik yang berkaitan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u00a0<\/span>\u201cKini pelajar tidak lagi perlu berada di sekolah atau pun di taman itu untuk mempelajari Sains,\u201d jelas Siti Hasnah yang juga merupakan Pensyarah Kanan, Fakulti Komputeran dan Informatik UMS.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u00a0<\/span><span class=\"s2\">Dalam pada itu, beliau memaklumkan aplikasi AR-Sains itu akan dilancarkan pada Oktober tahun ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cBuat permulaan, ia boleh dimuat turun melalui <\/span><span class=\"s3\">Google Playstore<\/span><span class=\"s2\"> untuk peranti <\/span><span class=\"s3\">android <\/span><span class=\"s2\">sebelum dikembangkan secara beringkat ke <\/span><span class=\"s3\">App Store<\/span><span class=\"s2\"> agar boleh diakses oleh pengguna produk <\/span><span class=\"s3\">Apple.\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\">\u201cKami telah memberi demonstrasi kepada guru-guru dan pelajar pada September 2020, iaitu pada sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u00a0<\/span>\u201cSambutan sangat memberangsangkan, mereka berasa teruja dan menyatakan minat yang tinggi untuk menggunakan aplikasi ini apabila dilancarkan kelak,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u00a0<\/span>Siti Hasnah turut berkongsi cabaran yang dihadapi sepanjang membangunkan aplikasi tersebut.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cKita sebenarnya menghadapi beberapa kekangan kerana tidak dapat bersemuka. Semua perbincangan antara penyelidik dan pihak sekolah dibuat secara maya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cMalah penyelidik juga tidak dapat melawat Taman Eko Sains secara fizikal untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam aplikasi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cKita juga tidak dapat mengadakan bengkel penggunaan <\/span><span class=\"s3\">apps<\/span><span class=\"s2\"> secara <\/span><span class=\"s3\">hands-on<\/span><span class=\"s2\"> bersama-sama pelajar dan guru-guru,\u201d ujarnya yang berasal dari Sandakan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Walau bagaimanapun, beliau menyuarakan harapan agar sinergi libatsama dalam perkongsian kepakaran pelbagai bidang antara universiti dan masyarakat dapat diteruskan khususnya bidang pendidikan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u00a0<\/span>\u201cSemoga aplikasi yang dibangunkan bersama SK Kundasang ini memberi manfaat kepada pelajar serta berupaya menarik minat pelajar mendalami bidang STEM,\u201d kata Siti Hasnah.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) membangunkan AR Eko-Sains, aplikasi mudah alih menggunakan teknologi realiti berperantaraan (augmented reality) bagi membantu&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":4084,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-4083","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4083","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4083"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4083\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4085,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4083\/revisions\/4085"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4084"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4083"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4083"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4083"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}