{"id":40856,"date":"2026-11-04T18:18:31","date_gmt":"2026-11-04T10:18:31","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40856"},"modified":"2026-11-04T18:18:37","modified_gmt":"2026-11-04T10:18:37","slug":"bina-semula-rumah-jangan-terlalu-rapat-liew","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/bina-semula-rumah-jangan-terlalu-rapat-liew\/","title":{"rendered":"Bina semula rumah, jangan terlalu rapat \u2013 Liew"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>TAWAU:<\/strong> Mangsa kebakaran besar yang kehilangan tempat tinggal di Kampung Sentosa, Jalan Utara Baru Hilltop, di sini, bakal dibantu membina semula kediaman mereka, namun aspek keselamatan perlu diberi keutamaan bagi mengelakkan tragedi sama berulang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Tan Sri Liew Yun Fah berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) serta Datuk Nizam Abu Bakar Titingan bagi membantu penduduk yang terjejas akibat kebakaran yang memusnahkan 30 rumah, pagi Rabu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, kawasan perkampungan berkenaan sudah diluluskan sebagai rizab perkampungan, namun pembinaan semula kediaman perlu dilaksanakan secara lebih teratur.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKawasan perkampungan ini sudah diluluskan sebagai rizab perkampungan. Saya menasihatkan penduduk supaya apabila membina semula rumah nanti, jangan terlalu rapat antara satu sama lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPihak Majlis Perbandaran Tawau juga perlu memantau pembinaan rumah supaya jarak antara kediaman lebih teratur dan kejadian seperti ini dapat dielakkan daripada berulang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Liew berkata, kedudukan rumah yang terlalu rapat boleh menyukarkan operasi menyelamat, terutama apabila kebakaran merebak dengan pantas dari sebuah rumah ke rumah lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru, katanya, pembinaan semula kawasan penempatan itu perlu mengambil kira jarak antara kediaman serta laluan keluar masuk yang memudahkan pergerakan jentera kecemasan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pada itu, beliau berkata, PHRS akan menggerakkan bantuan awal berupa lampu solar dan bekalan makanan harian bagi memastikan keperluan asas mangsa tidak terabai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSetakat ini, sebanyak 30 rumah dikenal pasti terbabit dalam kebakaran pagi ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPada peringkat awal, PHRS akan menghantar bantuan lampu solar serta keperluan makanan harian bagi memastikan mangsa mendapat bekalan makanan yang mencukupi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, usaha membantu mangsa tidak seharusnya tertumpu kepada bantuan sementara semata-mata, sebaliknya turut melibatkan perancangan jangka panjang bagi membolehkan mereka kembali memiliki kediaman.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Liew turut berharap kerjasama semua pihak dapat mempercepat usaha pemulihan kawasan perkampungan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam kejadian kira-kira jam 6.44 pagi Rabu, sebanyak 30 rumah musnah sepenuhnya, manakala seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun, Jackson Zack, ditemukan rentung di bilik tidur rumahnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mangsa dilaporkan mempunyai autisme.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kebakaran turut memusnahkan sebuah kereta Perodua Kancil, namun tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan kira-kira 250 rumah berhampiran daripada turut dijilat api.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>\u2014 SABAH NEWS TODAY<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAWAU: Mangsa kebakaran besar yang kehilangan tempat tinggal di Kampung Sentosa, Jalan Utara Baru Hilltop, di sini, bakal dibantu membina&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40857,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-40856","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40856","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40856"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40856\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40858,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40856\/revisions\/40858"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40857"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40856"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40856"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40856"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}