{"id":40915,"date":"2026-11-07T15:01:25","date_gmt":"2026-11-07T07:01:25","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40915"},"modified":"2026-11-07T15:01:27","modified_gmt":"2026-11-07T07:01:27","slug":"helah-tiket-toto-menang-dua-lelaki-indonesia-dicekup-polis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/helah-tiket-toto-menang-dua-lelaki-indonesia-dicekup-polis\/","title":{"rendered":"Helah tiket Toto menang, dua lelaki Indonesia dicekup polis"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>LAHAD DATU<\/strong>: Helah kononnya memiliki tiket Toto yang memenangi hadiah digunakan sindiket penipuan untuk memperdaya mangsa sehingga sanggup menyerahkan wang tunai dan barang kemas sebagai jaminan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar apabila dua lelaki warga Indonesia yang disyaki terbabit dalam penipuan berkenaan berjaya ditahan polis di sekitar daerah ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Polis Daerah Lahad Datu menerusi Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu mengesahkan penahanan kedua-dua suspek susulan laporan seorang mangsa warga Indonesia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut polis, mangsa mendakwa diperdaya selepas diminta membantu menebus tiket Toto yang kononnya memenangi hadiah dengan syarat menyerahkan wang tunai atau barang kemas sebagai jaminan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menyasarkan wanita berusia dengan seorang daripada mereka terlebih dahulu mendekati mangsa dan berpura-pura seperti sudah mengenali individu berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Suspek kemudian menunjukkan tiket Toto serta cek tunai yang disyaki palsu sebelum meminta bantuan mangsa untuk menebus hadiah kemenangan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mangsa seterusnya dibawa menaiki kereta menuju ke premis Toto, namun ketika dalam perjalanan, suspek meminta wang tunai dan barang kemas sebagai jaminan sebelum urusan penebusan dilakukan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebaik mangsa diturunkan berhampiran premis berkenaan dan berjalan menuju ke kedai Toto, suspek dipercayai terus melarikan diri bersama wang serta barang kemas yang diserahkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam perkembangan sama, polis kini giat mengesan seorang lagi lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Raswandi Armansyah yang turut menggunakan nama panggilan Roy, Salim atau Haji bagi membantu siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi IPD Lahad Datu di talian <strong>089-881255<\/strong> atau Bahagian Risikan dan Operasi di <strong>016-2575282<\/strong>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Polis turut mengingatkan orang ramai, khususnya warga emas, supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran penebusan hadiah yang mensyaratkan penyerahan wang tunai atau barang kemas kepada individu tidak dikenali.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>\u2014 SABAH NEWS TODAY<\/strong><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>LAHAD DATU: Helah kononnya memiliki tiket Toto yang memenangi hadiah digunakan sindiket penipuan untuk memperdaya mangsa sehingga sanggup menyerahkan wang&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40916,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-40915","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40915","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40915"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40915\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40917,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40915\/revisions\/40917"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40916"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40915"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40915"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40915"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}