{"id":40948,"date":"2026-11-10T07:37:13","date_gmt":"2026-11-09T23:37:13","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40948"},"modified":"2026-11-10T07:37:17","modified_gmt":"2026-11-09T23:37:17","slug":"bot-pelancong-dirempuh-dari-belakang-tiga-cedera-di-semporna","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/bot-pelancong-dirempuh-dari-belakang-tiga-cedera-di-semporna\/","title":{"rendered":"Bot pelancong dirempuh dari belakang, tiga cedera di Semporna"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>SEMPORNA:<\/strong> Dua pelancong warga China dan seorang kru cedera ringan selepas bot dinaiki mereka dirempuh sebuah bot pelancong lain dari arah belakang di perairan Pulau Singamata, di sini, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kejadian berlaku ketika bot membawa lapan pelancong China bersama seorang juragan dan tiga kru dalam perjalanan dari Jeti Seafest menuju ke Pulau Bohey Dulang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, bot berkenaan terpaksa berhenti di tengah perjalanan selepas enjinnya tersangkut sampah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Tan Hiap Wah berkata, ketika kru sedang berusaha membuang sampah yang tersangkut pada enjin, sebuah bot pelancong lain tiba-tiba melanggar bahagian belakang bot terbabit.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cAkibat pelanggaran itu, dua pelancong warga China iaitu lelaki berusia 29 tahun dan wanita berusia 28 tahun serta seorang kru bot mengalami kecederaan ringan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBot yang dilanggar turut mengalami kerosakan di bahagian belakang, manakala bot yang melanggar tidak mengalami kerosakan dan krunya tidak mengalami kecederaan,\u201d katanya dalam kenyataan, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, polis menerima laporan kejadian pada jam 11.12 pagi daripada seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun yang bekerja sebagai pemandu bot sebuah syarikat pelancongan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, bot yang melanggar dikendalikan seorang juragan bersama seorang kru dan dipercayai milik sebuah resort di Semporna.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKes disiasat mengikut Seksyen 280 Kanun Keseksaan kerana mengendalikan bot secara gopoh serta Seksyen 337 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan melalui perbuatan yang membahayakan keselamatan orang lain,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika sabit kesalahan, kedua-dua seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda, atau kedua-duanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tan turut mengingatkan semua juragan dan pengendali bot supaya sentiasa berwaspada ketika mengendalikan pengangkutan air bagi mengelakkan kejadian yang boleh mengancam keselamatan penumpang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>\u2014 SABAH NEWS TODAY<\/strong><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SEMPORNA: Dua pelancong warga China dan seorang kru cedera ringan selepas bot dinaiki mereka dirempuh sebuah bot pelancong lain dari&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40217,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-40948","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40948","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40948"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40948\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40949,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40948\/revisions\/40949"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40217"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40948"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40948"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40948"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}