{"id":40963,"date":"2026-11-10T14:48:13","date_gmt":"2026-11-10T06:48:13","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40963"},"modified":"2026-11-10T14:48:17","modified_gmt":"2026-11-10T06:48:17","slug":"imigresen-sabah-tahan-32-warga-asing-dalam-ops-wilayah-di-tawau-semporna","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/imigresen-sabah-tahan-32-warga-asing-dalam-ops-wilayah-di-tawau-semporna\/","title":{"rendered":"Imigresen Sabah tahan 32 warga asing dalam Ops Wilayah di Tawau, Semporna"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>TAWAU<\/strong>:  Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah menahan 32 warga asing dalam operasi penguatkuasaan bersepadu menerusi Ops Wilayah yang dilaksanakan di sekitar Tawau dan Semporna pada 8 hingga 9 November lalu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Operasi yang diketuai sendiri Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof itu membabitkan 102 pegawai, masing-masing 60 anggota di Tawau dan 42 di Semporna.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut JIM Sabah, seramai 324 individu diperiksa sepanjang operasi berkenaan yang merangkumi Ops Jaja, Belanja, Kutip, Sapu dan Mahir.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cDi Tawau, sebanyak enam premis diperiksa membabitkan 218 individu terdiri daripada 159 warga tempatan, 42 warga Indonesia dan 17 warga Filipina.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cManakala di Semporna, seramai 106 individu diperiksa dalam operasi yang dijalankan pada 9 November,\u201d menurut kenyataan jabatan itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hasil pemeriksaan menyaksikan 24 warga asing ditahan di Tawau, terdiri daripada 14 warga Indonesia dan 10 warga Filipina, manakala lapan lagi ditahan di Semporna.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Daripada jumlah tangkapan di Semporna, tujuh lelaki warga Republik Rakyat China (PRC) ditahan menerusi Ops Mahir di sekitar sebuah resort kerana disyaki menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial untuk bekerja.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seorang lagi warga Filipina ditahan dalam pemeriksaan di kawasan pasar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">JIM Sabah memaklumkan, pemeriksaan Bahagian Inspektorat di premis resort terbabit melibatkan 14 individu, iaitu sembilan warga China dan lima warga tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Siasatan lanjut turut mendapati premis berkenaan tidak mempunyai permohonan penggajian ekspatriat, selain beroperasi di atas tanah seluas 4.4 ekar yang disewa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Premis itu juga didapati tidak mempunyai lesen daripada Majlis Daerah Semporna serta lesen pengendalian pelancongan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sementara itu, pemeriksaan berasingan di Batu 1\u00bd, Bubul mendapati sebuah syarikat pembinaan mempunyai enam pekerja ekspatriat dengan dokumen lanjutan yang sah bagi projek komersial Lot Fasa 2 dan mematuhi syarat ditetapkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesemua 32 warga asing yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Tawau untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959\/63.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">JIM Sabah turut mengingatkan majikan supaya mematuhi prosedur pengambilan pekerja asing serta memastikan setiap pekerja memiliki dokumen dan kelulusan sah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jabatan itu menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiatkan di lokasi strategik seluruh Sabah bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Orang ramai juga diingatkan supaya tidak melindungi PATI dan diminta menyalurkan maklumat berkaitan kepada pihak berkuasa melalui saluran aduan rasmi.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAWAU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah menahan 32 warga asing dalam operasi penguatkuasaan bersepadu menerusi Ops Wilayah yang dilaksanakan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40964,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-40963","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40963","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40963"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40963\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40965,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40963\/revisions\/40965"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40964"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40963"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40963"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40963"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}