{"id":40980,"date":"2026-11-11T08:19:10","date_gmt":"2026-11-11T00:19:10","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40980"},"modified":"2026-11-11T08:19:15","modified_gmt":"2026-11-11T00:19:15","slug":"938-calon-spm-tenom-terima-sumbangan-alat-tulis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/938-calon-spm-tenom-terima-sumbangan-alat-tulis\/","title":{"rendered":"938 calon SPM Tenom terima sumbangan alat tulis"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>TENOM<\/strong>: Seramai 938 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 di daerah ini menerima sumbangan alat tulis sebagai dorongan untuk menghadapi peperiksaan berkenaan dengan lebih yakin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar berkata, sumbangan itu mencerminkan keprihatinan pelbagai pihak terhadap masa depan pendidikan generasi muda.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, kejayaan pelajar bukan hanya menjadi tanggungjawab ibu bapa dan guru, sebaliknya turut memerlukan sokongan masyarakat serta pemimpin setempat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSumbangan ini diharap dapat memberikan suntikan semangat kepada semua calon untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam peperiksaan SPM,\u201d katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Alat Tulis kepada Calon SPM 2026 Daerah Tenom, di sini, pada Selasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jamawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap berkata, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tenom menetapkan sasaran Gred Purata Daerah (GPD) 4.68 bagi peperiksaan SPM tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau optimis sasaran berkenaan dapat dicapai berdasarkan komitmen pihak sekolah, khususnya pengetua dan guru yang telah merangka petunjuk prestasi utama (KPI) masing-masing sejak awal tahun.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, Tenom juga berpotensi berada dalam kelompok 10 daerah terbaik di Sabah berdasarkan prestasi semasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPada 2019, PPD Tenom pernah mencatat pencapaian membanggakan apabila menduduki tempat keenam terbaik di Sabah. Kita berharap kejayaan itu dapat diulangi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Empat MoU pertanian bakal dimeterai di China<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam perkembangan lain, Jamawi berkata, kementeriannya akan meneruskan usaha memperkukuh keterjaminan makanan Sabah melalui kerjasama strategik dengan beberapa negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau dijadual mengetuai lawatan kerja ke China bermula Rabu bagi memeterai empat memorandum persefahaman (MoU) berkaitan pembangunan industri pertanian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, kerjasama itu merangkumi sektor tanaman, penternakan serta penggunaan teknologi mekanisasi bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengeluaran makanan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, penggunaan teknologi moden juga penting untuk mengubah persepsi golongan muda terhadap bidang pertanian sebagai sektor yang berpotensi menjana pendapatan lumayan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jamawi turut memaklumkan bahawa lawatan ke Brazil dijadualkan berlangsung pada November bagi meneroka peluang mendapatkan bekalan daging dan ayam pada harga lebih kompetitif.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, beliau menegaskan pembangunan industri penternakan tempatan tetap menjadi keutamaan kerajaan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPada masa sama, kita memastikan semua bekalan import memenuhi aspek keselamatan makanan, kebersihan, pensijilan halal dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Astaka Tenom diberi wajah baharu<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sementara itu, Jamawi turut menyempurnakan perasmian mural Astaka Tenom sebagai sebahagian inisiatif memperindah kawasan awam dan meningkatkan daya tarikan pelancongan daerah berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, projek itu melibatkan penyertaan anak muda tempatan bagi menghidupkan semula kawasan berkenaan melalui aktiviti kreatif, produk kopi dan tarikan setempat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, projek mural ketiga di Tenom itu diharap dapat merancakkan ekonomi masyarakat serta membuka peluang pekerjaan kepada penduduk.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jamawi turut menghadiri mesyuarat jawatankuasa pelancongan daerah sempena persediaan Tahun Melawat Tenom 2027.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>\u2014 SABAH NEWS TODAY<\/strong><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TENOM: Seramai 938 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 di daerah ini menerima sumbangan alat tulis sebagai dorongan untuk menghadapi&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40981,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-40980","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40980","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40980"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40980\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40982,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40980\/revisions\/40982"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40981"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40980"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40980"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40980"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}