{"id":40992,"date":"2026-11-11T09:18:44","date_gmt":"2026-11-11T01:18:44","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=40992"},"modified":"2026-11-11T09:19:19","modified_gmt":"2026-11-11T01:19:19","slug":"ph-sabah-bantah-bubar-parlimen-awal-gesa-zahid-jangan-ganggu-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/ph-sabah-bantah-bubar-parlimen-awal-gesa-zahid-jangan-ganggu-anwar\/","title":{"rendered":"PH Sabah bantah bubar Parlimen awal, gesa Zahid jangan ganggu Anwar"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU:<\/strong> Pakatan Harapan (PH) Sabah membidas cadangan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya Parlimen dibubarkan ketika timbul spekulasi mengenai rombakan Kabinet.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengerusinya, Datuk Mustapha Sakmud, berkata cadangan itu tidak wajar ketika Perdana Menteri Anwar Ibrahim sedang memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ekonomi negara, melaksanakan reformasi dan menangani kebajikan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, sebarang kekosongan jawatan dalam Kabinet boleh ditangani oleh Anwar mengikut proses sewajarnya tanpa perlu mengadakan pilihan raya umum lebih awal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJangan ganggu PMX perkasa ekonomi negara dan jaga kebajikan rakyat,\u201d katanya dalam kenyataan media hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mustapha turut mempersoalkan pendirian Zahid yang disifatkannya bercanggah dengan komitmen terdahulu Presiden Umno itu untuk kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, perjanjian kerjasama yang dimeterai selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) turut menetapkan kerjasama politik bagi tempoh lima tahun Parlimen ke-15.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKerajaan Madani masih boleh meneruskan pentadbirannya sehingga Disember 2027. Baki penggal ini wajar dimanfaatkan untuk menunaikan amanah rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mustapha berkata, pembubaran Parlimen lebih awal berisiko mengganggu pelaksanaan reformasi institusi dan usaha penambahbaikan tadbir urus yang sedang dijalankan kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau menegaskan tumpuan kerajaan ketika ini sepatutnya diberikan kepada isu kos sara hidup, peningkatan mutu perkhidmatan awam dan usaha memastikan pertumbuhan ekonomi memberi manfaat kepada rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pada itu, Mustapha merujuk keputusan S&amp;P Global Ratings mengekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada A\u2212 dengan tinjauan stabil sebagai petunjuk daya tahan ekonomi negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi mengekalkan keyakinan pelabur dan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJangan kerana ghairah mengejar kepentingan politik jangka pendek, kita pertaruhkan keyakinan pelabur dan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, PH Sabah menyeru semua pihak menghormati mandat kerajaan sedia ada dan memberi ruang kepada Anwar meneruskan agenda ekonomi, reformasi serta kebajikan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>\u2014 SABAH NEWS TODAY<\/strong><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) Sabah membidas cadangan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya Parlimen dibubarkan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40993,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-40992","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40992","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40992"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40992\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40994,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40992\/revisions\/40994"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40993"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40992"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40992"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40992"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}