{"id":41008,"date":"2026-11-12T08:08:49","date_gmt":"2026-11-12T00:08:49","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=41008"},"modified":"2026-11-12T08:08:52","modified_gmt":"2026-11-12T00:08:52","slug":"sabah-intai-pasaran-china-teroka-peluang-pelaburan-di-guangzhou","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/sabah-intai-pasaran-china-teroka-peluang-pelaburan-di-guangzhou\/","title":{"rendered":"Sabah intai pasaran China, teroka peluang pelaburan di Guangzhou"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU:<\/strong> Sabah mempergiat usaha memperluas pasaran eksport dan menarik pelaburan asing menerusi lawatan delegasi kerajaan negeri serta komuniti perniagaan ke Guangzhou, China, bagi meneroka peluang kerjasama strategik dalam sektor pertanian, perikanan dan industri makanan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Delegasi lebih 100 anggota yang diketuai bersama Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar serta Presiden Dewan Perdagangan Malaysia-China (MCCC) Sabah, Datuk Dexter Lau, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun Guangzhou kira-kira jam 10 malam pada Rabu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lawatan empat hari bermula 11 hingga 14 November 2026 itu dianjurkan bersama Kerajaan Sabah dan MCCC Sabah, dengan tumpuan kepada pembangunan jaringan perdagangan, pemindahan teknologi dan penerokaan peluang pelaburan baharu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dexter berkata, inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen kerajaan negeri memperkukuh hubungan ekonomi antarabangsa melalui kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, Sabah mempunyai potensi besar untuk memperluas eksport produk pertanian, perikanan dan makanan ke pasaran China, khususnya Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macao atau <em>Greater Bay Area<\/em> (GBA).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cUsaha berkenaan bukan sahaja bertujuan menarik pelaburan dan memperluas pasaran eksport, malah membuka ruang kepada kerjasama industri yang mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKeterjaminan makanan, penggunaan teknologi pertanian serta pemodenan industri makanan menjadi antara fokus utama lawatan berkenaan,\u201d katanya ketika ditemui selepas ketibaan delegasi di Guangzhou.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, perubahan dalam rantaian bekalan makanan global memerlukan Sabah memperkukuh kapasiti pengeluaran tempatan, meningkatkan kecekapan industri dan memastikan pembangunan sektor pertanian dilaksanakan secara mampan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, penggunaan teknologi moden, mekanisasi dan perkongsian kepakaran dengan pemain industri China berpotensi meningkatkan produktiviti serta daya saing pengusaha tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, delegasi dijadual mengadakan pertemuan dengan jabatan kerajaan, institusi industri dan syarikat berkaitan di China bagi meninjau perkembangan sektor pertanian serta perikanan moden.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPertemuan itu turut membuka peluang meneroka kerjasama dalam bidang pemindahan teknologi, pelaburan industri dan perdagangan, sekali gus meningkatkan kecekapan pengeluaran serta daya saing industri tempatan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dexter berkata, Guangzhou yang merupakan antara hab perdagangan utama di GBA menawarkan akses kepada rangkaian industri, rakan niaga dan pasaran pengguna yang luas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, peluang itu perlu dimanfaatkan syarikat Sabah untuk membina hubungan perdagangan jangka panjang, memperkukuh penjenamaan produk tempatan dan meneroka saluran pemasaran antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berharap lawatan berkenaan dapat membuka ruang kepada kerjasama pelaburan rentas sempadan, selain membantu Sabah memperkukuh keterjaminan makanan melalui pembangunan industri yang lebih moden dan berdaya saing.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>\u2014 SABAH NEWS TODAY<\/strong><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Sabah mempergiat usaha memperluas pasaran eksport dan menarik pelaburan asing menerusi lawatan delegasi kerajaan negeri serta komuniti perniagaan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":41009,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[19],"tags":[],"class_list":["post-41008","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41008","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41008"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41008\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41010,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41008\/revisions\/41010"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41009"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41008"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41008"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41008"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}