{"id":41011,"date":"2026-11-12T08:14:11","date_gmt":"2026-11-12T00:14:11","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=41011"},"modified":"2026-11-12T08:14:23","modified_gmt":"2026-11-12T00:14:23","slug":"pms-sokong-rombakan-mahkamah-anak-negeri-mahu-adat-pribumi-terus-terpelihara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pms-sokong-rombakan-mahkamah-anak-negeri-mahu-adat-pribumi-terus-terpelihara\/","title":{"rendered":"PMS sokong rombakan Mahkamah Anak Negeri, mahu adat pribumi terus terpelihara"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU:<\/strong> Persatuan Murut Sabah (PMS) menyokong pembaharuan sistem kehakiman adat Sabah menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Anak Negeri 2026 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Julai lalu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Presidennya, Datuk Rubin Balang, berkata pembaharuan itu penting bagi memastikan institusi Mahkamah Anak Negeri (MAN) kekal relevan, berwibawa dan mampu mempertahankan hak serta warisan masyarakat pribumi Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, langkah kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor bukan sekadar menyusun semula pentadbiran mahkamah, tetapi turut memperkukuh kedudukan undang-undang adat dalam sistem perundangan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPemerkasaan Mahkamah Anak Negeri perlu dilihat sebagai usaha mempertahankan jati diri, kedaulatan adat dan warisan masyarakat pribumi Sabah yang diwarisi turun-temurun,\u201d katanya dalam kenyataan semalam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rubin berkata, antara perubahan utama ialah pewujudan tiga peringkat institusi kehakiman, iaitu Mahkamah Daerah Anak Negeri, Mahkamah Tinggi Anak Negeri dan Mahkamah Rayuan Anak Negeri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, PMS turut menyokong pengukuhan jawatan kehakiman serta pelantikan hakim berdasarkan merit bagi meningkatkan kewibawaan institusi berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, pemisahan fungsi pentadbiran adat dan penghakiman juga penting bagi memastikan pengurusan kes lebih teratur tanpa menghakis peranan tradisi Ketua Daerah dan Ketua Anak Negeri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada masa sama, Rubin menegaskan pembangunan institusi kehakiman adat perlu disokong kemudahan fizikal yang mencukupi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, PMS menyambut baik cadangan menaik taraf Kompleks Kehakiman Anak Negeri Sabah serta membina mahkamah baharu di beberapa daerah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, langkah itu diperlukan bagi memastikan pembaharuan struktur kehakiman dapat diterjemahkan kepada perkhidmatan yang lebih berkesan kepada masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rubin turut memuji komitmen Hajiji dalam memperkukuh institusi adat dan mempertahankan hak masyarakat anak negeri Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, PMS berharap pembaharuan berkenaan bukan sahaja memperkemas sistem kehakiman adat, malah memastikan undang-undang dan warisan masyarakat pribumi terus dihormati oleh generasi akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>\u2014 SABAH NEWS TODAY<\/strong><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Persatuan Murut Sabah (PMS) menyokong pembaharuan sistem kehakiman adat Sabah menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Anak Negeri 2026&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":41012,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-41011","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41011","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41011"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41011\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41013,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41011\/revisions\/41013"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41012"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41011"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41011"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41011"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}