{"id":41035,"date":"2026-11-12T19:37:25","date_gmt":"2026-11-12T11:37:25","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=41035"},"modified":"2026-11-12T19:40:11","modified_gmt":"2026-11-12T11:40:11","slug":"anwar-turun-padang-hangatkan-kempen-ph-menjelang-prn-melaka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/anwar-turun-padang-hangatkan-kempen-ph-menjelang-prn-melaka\/","title":{"rendered":"Anwar turun padang, hangatkan kempen PH menjelang PRN Melaka"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>MELAKA:<\/strong> Kehangatan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 semakin memuncak apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun padang menyantuni rakyat bagi mempergiat kempen Pakatan Harapan (PH) menjelang hari pengundian Sabtu ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anwar yang juga Pengerusi PH dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) memulakan siri jelajah mesra di kawasan rumah kedai dan gerai penjaja di Taman Krubong Jaya, di sini, kira-kira jam 6.05 petang Khamis.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kehadiran beliau menarik perhatian peniaga, penjaja dan penduduk setempat yang mengambil kesempatan untuk bersalaman, beramah mesra serta merakam gambar bersama pemimpin negara itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Turut mengiringi Anwar ialah calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk Azman Abidin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira 30 minit menyantuni masyarakat setempat sebelum meneruskan program jelajah mesra di Kampung Machap Baru.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau kemudian dijadual menghadiri program Ngopi Santai di Ayer Molek sebagai sebahagian usaha mendekati pengundi menjelang hari pengundian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada sebelah malam, Anwar meneruskan kempen menerusi program Jelajah Harapan Melaka Rumah Kita di Pusat Khidmat Parlimen Hang Tuah Jaya, Bukit Baru.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Siri jelajah berkenaan dijadual berakhir dengan kehadiran beliau pada program Pesta Melaka Rumah Kita di Taman Melaka Perdana, Alor Gajah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>PH pertaruh calon paling ramai<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam PRN kali ini, PH mempertaruhkan calon paling ramai dengan bertanding di 24 kerusi DUN, diikuti Barisan Nasional (BN) sebanyak 23 kerusi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Parti Bersama Malaysia (Bersama) pula meletakkan calon di 16 kerusi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tujuh kerusi, Perikatan Nasional (PN) lima kerusi dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) satu kerusi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tiga calon Bebas turut menawarkan diri untuk bertanding dalam pilihan raya berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu, 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka ke-16, dengan seramai 687,697 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kempen yang memasuki hari ke-13 pada Khamis menyaksikan parti dan calon bertanding mempergiat usaha mendekati pengundi dalam tempoh terakhir sebelum proses pengundian berlangsung.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>\u2014 SABAH NEWS TODAY<\/strong><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MELAKA: Kehangatan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 semakin memuncak apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun padang&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":41036,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-41035","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41035","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41035"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41035\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41037,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41035\/revisions\/41037"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41036"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41035"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41035"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41035"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}