{"id":41044,"date":"2026-11-13T12:36:18","date_gmt":"2026-11-13T04:36:18","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=41044"},"modified":"2026-11-13T12:36:40","modified_gmt":"2026-11-13T04:36:40","slug":"jangan-jadikan-uitm-tawau-sekadar-bangunan-kosong-nizam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/jangan-jadikan-uitm-tawau-sekadar-bangunan-kosong-nizam\/","title":{"rendered":"Jangan jadikan UiTM Tawau sekadar bangunan kosong \u2013 Nizam"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>TAWAU:<\/strong> Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Tawau mesti dikekalkan sebagai institusi pengajian tinggi yang berfungsi sepenuhnya dan bukannya sekadar bangunan yang digunakan untuk menempatkan institusi pendidikan lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menegaskan, masa depan pendidikan anak-anak Sabah khususnya di Pantai Timur negeri ini tidak boleh dikompromi hanya kerana cadangan rasionalisasi operasi kampus berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, walaupun Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memberi jaminan UiTM Tawau tidak akan ditutup, cadangan menjadikan kemudahannya sebagai hab pendidikan melibatkan institusi lain masih menimbulkan persoalan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJangan hanya melihat kepada bangunan semata-mata. Apa yang lebih penting ialah identiti UiTM, fungsi akademik, peluang pengajian dan peranannya kepada masyarakat setempat mesti dipertahankan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPendirian saya jelas, UiTM Tawau mesti dikekalkan sebagai sebuah kampus UiTM yang berfungsi sepenuhnya,\u201d katanya dalam kenyataan, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nizam berkata, UiTM Tawau yang beroperasi sejak 1996 bukan sekadar institusi pendidikan, sebaliknya hasil perjuangan pemimpin terdahulu bagi memastikan anak-anak Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu dan kawasan sekitar mendapat peluang melanjutkan pengajian tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, kewujudan kampus itu amat penting terutama kepada keluarga kurang berkemampuan yang tidak mampu menanggung kos tinggi sekiranya anak mereka terpaksa melanjutkan pengajian di luar daerah atau negeri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengulas jumlah 254 pelajar setakat 30 September lalu seperti dibangkitkan Zambry di Dewan Rakyat, beliau berkata angka itu tidak sepatutnya menjadi ukuran tunggal dalam menentukan masa depan kampus berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPenilaian perlu mengambil kira kapasiti sebenar bilik kuliah, kemudahan akademik dan keupayaan kampus menampung pelajar, bukan hanya berdasarkan jumlah penginapan yang disediakan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberikan penjelasan terperinci mengenai asas cadangan rasionalisasi serta jaminan bahawa UiTM Tawau tidak akan kehilangan identiti dan fungsi akademiknya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nizam turut mencadangkan supaya program pengajian di kampus berkenaan diperluaskan mengikut keperluan industri, peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi Pantai Timur Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKalau mahu wujudkan institusi pendidikan baharu, jadikan ia pelengkap kepada UiTM Tawau, bukannya menggantikan institusi yang sudah lama berjasa kepada masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cUiTM Tawau mesti dikekalkan, diperkukuh dan terus memainkan peranan penting dalam pembangunan pendidikan tinggi di Pantai Timur Sabah,\u201d tegasnya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAWAU: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Tawau mesti dikekalkan sebagai institusi pengajian tinggi yang berfungsi sepenuhnya dan bukannya sekadar bangunan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":41045,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-41044","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41044","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41044"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41044\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41046,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41044\/revisions\/41046"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41045"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41044"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41044"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41044"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}