{"id":41050,"date":"2026-11-13T18:57:32","date_gmt":"2026-11-13T10:57:32","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=41050"},"modified":"2026-11-13T18:57:38","modified_gmt":"2026-11-13T10:57:38","slug":"tiada-penculikan-hampir-tujuh-tahun-keyakinan-pelancong-ke-pantai-timur-sabah-meningkat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/tiada-penculikan-hampir-tujuh-tahun-keyakinan-pelancong-ke-pantai-timur-sabah-meningkat\/","title":{"rendered":"Tiada penculikan hampir tujuh tahun, keyakinan pelancong ke Pantai Timur Sabah meningkat"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU:<\/strong> Rekod sifar kes penculikan di Pantai Timur Sabah sejak Januari 2020 menjadi antara faktor yang membantu memulihkan keyakinan pelancong asing dan merancakkan kegiatan ekonomi di kawasan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Victor Sanjos berkata, kestabilan keselamatan yang berjaya dikekalkan sejak 15 Januari 2020 turut menyaksikan beberapa negara luar menurunkan tahap nasihat perjalanan kepada rakyat masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, perubahan itu memberi gambaran positif terhadap tahap keselamatan Pantai Timur Sabah yang sebelum ini sering dikaitkan dengan ancaman penculikan rentas sempadan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKejayaan ini turut memberi kesan positif apabila kebanyakan negara luar telah menurunkan tahap amaran atau notis nasihat perjalanan ke kawasan berkenaan daripada tahap tiga dan dua kepada tahap satu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKesannya, kita dapat melihat kehadiran para pelancong dari negara-negara yang sering berkunjung ke sini semakin meningkat,\u201d katanya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Victor berkata, kejayaan itu tidak dicapai dalam tempoh singkat, sebaliknya hasil usaha berterusan kepimpinan terdahulu dan kerjasama pelbagai pihak dalam memastikan keselamatan kawasan Pantai Timur Sabah terpelihara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, persekitaran yang selamat turut membolehkan masyarakat setempat menjalankan kegiatan ekonomi dengan lebih yakin, selain menggalakkan pembangunan kawasan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pada itu, Victor turut memperkenalkan Datuk Abdul Fuad Abdul Malek sebagai Komander ESSCOM yang dijadual mengambil alih jawatan berkenaan pada 19 November.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau yakin pengalaman dan pengetahuan Abdul Fuad mengenai aspek keselamatan Sabah mampu memastikan tahap keselamatan kawasan ESSCOM terus dipertahankan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kunjungan hormat itu turut menjadi platform bagi Victor memaklumkan secara rasmi pelantikannya sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah kepada Yang di-Pertua Negeri.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Rekod sifar kes penculikan di Pantai Timur Sabah sejak Januari 2020 menjadi antara faktor yang membantu memulihkan keyakinan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":41051,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-41050","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41050","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41050"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41050\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41052,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41050\/revisions\/41052"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41051"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41050"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41050"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41050"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}