{"id":41064,"date":"2026-11-14T20:14:07","date_gmt":"2026-11-14T12:14:07","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=41064"},"modified":"2026-11-14T20:14:10","modified_gmt":"2026-11-14T12:14:10","slug":"cuba-halang-suspek-kejar-penjual-makanan-lelaki-maut-ditikam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/cuba-halang-suspek-kejar-penjual-makanan-lelaki-maut-ditikam\/","title":{"rendered":"Cuba halang suspek kejar penjual makanan, lelaki maut ditikam"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU<\/strong>: Seorang lelaki maut dipercayai ditikam selepas cuba menghalang suspek daripada mengejar seorang penjual makanan dalam kejadian di Sulaman Sentral, Kuala Manggatal, awal pagi Sabtu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mangsa berusia 31 tahun dipercayai ditikam menggunakan pisau pemotong daging di kawasan tangga bersebelahan sebuah premis perniagaan sebelum sempat melarikan diri dan rebah di kawasan parkir berhampiran.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Jabatan Kecemasan Hospital Likas pada jam 6.43 pagi berhubung seorang lelaki yang dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, mangsa yang dibawa ke hospital oleh ahli keluarganya disahkan meninggal dunia pada jam 6.44 pagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSiasatan awal mendapati suspek berusia 38 tahun bertengkar dengan seorang penjual makanan di luar sebuah kafe sebelum cuba menikamnya menggunakan pisau lipat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPenjual makanan berkenaan bagaimanapun sempat melarikan diri, namun terus dikejar suspek.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMangsa yang ketika itu berada di sebuah pusat snooker berhampiran cuba menghalang suspek daripada meneruskan tindakannya,\u201d katanya dalam kenyataan pada Sabtu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Syed Lot berkata, suspek kemudian mengambil sebilah pisau pemotong daging sebelum dipercayai menikam mangsa apabila terserempak dengannya di tangga bersebelahan premis terbabit.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, mangsa sempat melarikan diri selepas ditikam sebelum rebah di kawasan parkir kenderaan berhampiran.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSiasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek terhadap penjual makanan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah turut menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian dan menemukan beberapa barang kes serta sampel untuk tujuan analisis,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu untuk proses bedah siasat yang dijadualkan pada Ahad bagi menentukan punca sebenar kematian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pada itu, katanya, polis sedang giat mengesan dan menangkap suspek selain mendapatkan maklumat daripada saksi lain yang berada di sekitar lokasi kejadian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan siasatan lanjut masih diteruskan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian termasuk lokasi suspek diminta menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di talian <strong>088-529222<\/strong> atau mana-mana balai polis berhampiran.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut dipercayai ditikam selepas cuba menghalang suspek daripada mengejar seorang penjual makanan dalam kejadian di Sulaman&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":41065,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-41064","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41064","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41064"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41064\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41066,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41064\/revisions\/41066"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41065"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41064"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41064"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41064"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}