{"id":41084,"date":"2026-11-15T20:53:49","date_gmt":"2026-11-15T12:53:49","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=41084"},"modified":"2026-11-15T20:53:52","modified_gmt":"2026-11-15T12:53:52","slug":"kgks-sokong-bkk-penjawat-awam-persekutuan-dimasukkan-dalam-bajet-sabah-2027","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kgks-sokong-bkk-penjawat-awam-persekutuan-dimasukkan-dalam-bajet-sabah-2027\/","title":{"rendered":"KGKS sokong BKK penjawat awam Persekutuan dimasukkan dalam Bajet Sabah 2027"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU:<\/strong> Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) menyokong gesaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sabah supaya kerajaan negeri mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Sabah menerusi Belanjawan Negeri 2027.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Presiden KGKS, Murkam Hussien berkata, kebajikan penjawat awam Persekutuan wajar diberikan perhatian sewajarnya memandangkan golongan itu turut memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kesejahteraan rakyat negeri ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, meskipun penjawat awam terbabit berada di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan, sumbangan mereka tidak boleh dipisahkan daripada usaha memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam di Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cWalaupun mereka berada di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan, sumbangan dan khidmat bakti mereka merupakan sebahagian daripada kekuatan jentera perkhidmatan awam yang menyokong pembangunan serta kesejahteraan rakyat Sabah,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Murkam berkata, dalam sektor pendidikan khususnya, guru-guru Persekutuan memainkan peranan besar dalam membangunkan modal insan, mendidik generasi masa depan serta memastikan akses pendidikan dapat dinikmati semua lapisan masyarakat, termasuk penduduk di kawasan pedalaman.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jelasnya, pemberian BKK bukan sekadar bantuan kewangan, sebaliknya mencerminkan penghargaan dan pengiktirafan kerajaan negeri terhadap komitmen penjawat awam Persekutuan yang turut menyumbang kepada kemajuan Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKGKS ingin menegaskan bahawa kebajikan penjawat awam tidak seharusnya dilihat berdasarkan perbezaan skim perkhidmatan atau pihak yang membayar gaji semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSebaliknya, ia perlu mengambil kira sumbangan mereka kepada masyarakat dan negeri tempat mereka berkhidmat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, beliau menggesa kepimpinan Kerajaan Negeri Sabah serta pihak yang bertanggungjawab merangka Belanjawan Negeri 2027 supaya memberikan pertimbangan serius terhadap cadangan berkenaan, termasuk menyediakan peruntukan sewajarnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKhidmat bakti kami untuk Sabah. Kebajikan kami juga wajar diberikan perhatian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKGKS percaya bahawa penghargaan terhadap penjawat awam merupakan pelaburan terhadap kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai perbandingan, Murkam merujuk langkah Kerajaan Sarawak yang sebelum ini mengumumkan pemberian BKK sebanyak RM700 kepada penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Cadangan pemberian BKK di Sabah itu bagaimanapun masih memerlukan pertimbangan dan keputusan kerajaan negeri menerusi penyediaan Belanjawan Negeri 2027.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) menyokong gesaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sabah supaya kerajaan negeri&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":41085,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-41084","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41084","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41084"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41084\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41086,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41084\/revisions\/41086"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41085"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41084"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41084"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41084"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}