{"id":41090,"date":"2026-11-16T08:13:59","date_gmt":"2026-11-16T00:13:59","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=41090"},"modified":"2026-11-16T08:14:17","modified_gmt":"2026-11-16T00:14:17","slug":"belum-sempat-dibuka-bumbung-pasar-rm500000-ranap","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/belum-sempat-dibuka-bumbung-pasar-rm500000-ranap\/","title":{"rendered":"Belum sempat dibuka, bumbung pasar RM500,000 ranap"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA MARUDU<\/strong>: Projek pembinaan pasar baharu bernilai hampir RM500,000 di Goshen, di sini, mencetuskan kekecewaan dalam kalangan peniaga apabila struktur bumbungnya ranap ketika kerja pembinaan hampir siap sepenuhnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kejadian kira-kira pukul 11 pagi ketika hujan lebat itu sekali gus menggagalkan hasrat peniaga untuk memulakan perniagaan di pasar berkenaan yang dijadualkan beroperasi pada penghujung bulan ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan memandangkan pasar tersebut masih belum dibuka kepada peniaga dan orang awam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Difahamkan, pembinaan pasar berbumbung itu sudah mencapai kemajuan antara 80 hingga 90 peratus, manakala peniaga telah menunggu hampir dua bulan untuk menggunakan kemudahan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau, Datuk Dr Maijol Mahap, berkata pihaknya akan menuntut penjelasan daripada kontraktor berhubung punca keruntuhan struktur tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau yang turun meninjau lokasi kejadian bersama kakitangan Majlis Daerah Kota Marudu kira-kira pukul 5.30 petang menyifatkan kejadian itu amat mengecewakan, terutama apabila projek yang menggunakan peruntukan hampir setengah juta ringgit berkenaan hampir siap.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cAmat menyedihkan, bumbung pasar yang hampir siap tiba-tiba ranap.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKami akan meminta laporan daripada kontraktor untuk mengenal pasti punca dan penyebab kejadian sebelum mengambil tindakan memperbaiki kerosakan serta memastikan penambahbaikan yang meyakinkan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pasar tersebut dibangunkan bagi menyediakan ruang perniagaan lebih teratur kepada peniaga tempatan termasuk penjual ikan, ayam, sayur-sayuran, kuih-muih, makanan panggang dan minuman.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sementara itu, seorang peniaga sayur, Malinah Juakin, 42, berkata, keruntuhan berkenaan menambah kekecewaan peniaga yang sekian lama menantikan kemudahan perniagaan lebih selesa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, mereka kini terpaksa meneruskan perniagaan menggunakan kanopi di kawasan bersebelahan walaupun berdepan keadaan cuaca tidak menentu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cNamun, kami semua tetap bersyukur kerana kejadian itu berlaku ketika kami belum mula beroperasi di bawah bumbung berkenaan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kejadian itu turut menimbulkan persoalan mengenai ketahanan struktur pasar yang hampir siap berkenaan, namun punca sebenar keruntuhan masih menunggu laporan kontraktor.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA MARUDU: Projek pembinaan pasar baharu bernilai hampir RM500,000 di Goshen, di sini, mencetuskan kekecewaan dalam kalangan peniaga apabila struktur&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":41091,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-41090","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41090","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41090"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41090\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41092,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41090\/revisions\/41092"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41091"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41090"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41090"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41090"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}