{"id":4110,"date":"2021-09-09T02:54:18","date_gmt":"2021-09-09T02:54:18","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=4110"},"modified":"2021-09-09T02:54:18","modified_gmt":"2021-09-09T02:54:18","slug":"jans-laksana-catuan-berjadual-permintaan-bekalan-air-melebihi-jumlah-pengeluaran-air-terawat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/jans-laksana-catuan-berjadual-permintaan-bekalan-air-melebihi-jumlah-pengeluaran-air-terawat\/","title":{"rendered":"JANS laksana catuan berjadual, permintaan bekalan air melebihi jumlah pengeluaran air terawat"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) melaksanakan catuan berjadual kepada pengguna di beberapa kawasan utara Kota Kinabalu bagi memberi laluan bekalan air kepada penduduk terjejas.<\/p>\n<p>Setiausaha Perhubungan Awam Kepada Timbalan Ketua Menteri I, Alfian Sambas berkata, ini berikutan permintaan bekalan air semasa di kawasan Kota Kinabalu melebihi 30 peratus daripada jumlah pengeluaran air terawat yang dibekalkan kepada pengguna.<\/p>\n<p>Katanya, disebabkan pengeluaran dari Loji Rawatan Air (LRA) tersebut tidak dapat menampung permintaan semasa, catuan bekalan air terpaksa dilaksanakan disamping penghantaran air melalui tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas teruk.<\/p>\n<figure id=\"attachment_4112\" aria-describedby=\"caption-attachment-4112\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-4112\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/09\/0A60A659-9ACF-45C4-A399-87D37050E8FA-300x190.jpeg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"190\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/09\/0A60A659-9ACF-45C4-A399-87D37050E8FA-300x190.jpeg 300w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/09\/0A60A659-9ACF-45C4-A399-87D37050E8FA-768x487.jpeg 768w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/09\/0A60A659-9ACF-45C4-A399-87D37050E8FA.jpeg 999w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-4112\" class=\"wp-caption-text\">Bung melawat melawat Loji Penapis Air Telibong 2 yang kini dalam proses pembinaan dan dijangka siap tahun 2023. Gambar Jay Wahid<\/figcaption><\/figure>\n<p>\u201cJumlah pengeluaran agihan bekalan air daripada LRA Telibong 1 dan 2 ialah 164 Juta Litre Sehari (JLH) namun kekurangan sebanyak 49 JLH (30%) sekaligus memberi kesan yang besar kepada pengguna bekalan air di kawasan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun pengeluaran air semasa LRA Telibong 1 dan 2 telah melebihi rekabentuk kapasiti asal 144 JLH kepada 164 JLH, tetapi pengeluaran bekalan air masih tidak dapat menampung permintaan penguna sejak dari tahun 2015,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan disini hari ini berikutan permintaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Yakub Khan agar langkah serius diambil menangani masalah air khususnya di kawasan Sepanggar.<\/p>\n<p>Menurut Alfian, tindakan penyelesaian serta merta JANS telah menyediakan dua buah lori tangki air jabatan yang berkapasiti 13,000 liter dan khidmat lori tangki swasta sebanyak 5.3 juta liter.<\/p>\n<p>Katanya, lori berkenaan akan mengagihkan bekalan air kepada para pengguna di kawasan kritikal seperti klinik, sekolah, dan tangki statik yang telah disediakan oleh pihak pengurusan perumahan.<\/p>\n<p>Menurut beliau, Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Bung Moktar Radin memandang seriuas perkara ini dan pelbagai langkah jangka panjang dan pandek telah dibincangkan dengan JANS bagi menangani perkara ini.<\/p>\n<p>\u201cSelain itu, JANS turut melaksanakan beberapa tindakan penyelesaian jangka pendek bagi memastikan bekalan air di beberapa kawasan di utara Kota Kinabalu sentiasa mencukupi.<\/p>\n<p>\u201cAntaranya, cadangan pembinaan \u2018Urgent Water Supply Scheme\u2019 UWSS LRA Telibong 1, Tamparuli oleh JETAMA Sdn Bhd Sebanyak 5 (Juta Litre Sehari) JLH dimana mereka telah melantik kontraktor pelaksana dan projek ini dijangka siap September 2022,\u201d katanya<\/p>\n<p>Katanya, selain itu tindakan lain JANS juga meliputi cadangan pembinaan (UWSS) LRA Telibong II, Tamparuli sebanyak 10 JLH dan projek ini dijangka dapat dilaksanakan pada bulan September 2022 ini seperti yang dirancang.<\/p>\n<p>Tambahnya, JANS dalam masa yang sama sedang menyelaraskan permohonan-permohonan pihak-pihak swasta yang berpotensi dan berpengalaman dalam pengeluaran air terawat.<\/p>\n<p>\u201cSelain itu, masalah air khususnya di kawasan Sepanggar dan sekitarnya dijangka akan dapat diatasi apabila projek Loji Rawatan Air Telibong Fasa 2 beroperasi sepenuhnya menjelang tahun 2023\u201d tambah Alfian.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Alfian berkata, masalah kekurangan bekalan air ini juga bertambah teruk dengan adanya aktiviti penyambungan haram yang berleluasa di beberapa kawasan setinggan.<\/p>\n<p>Katanya, antara kawasan yang sering membuat penyambungan haram termasuklah di Kampung Tebobon Baru, Kg. Delima, Kg. Brunei, Kg. Sepakat Baru, Kg. Suang Parai, Kg. Pulau Penampang, Kg. Lokub, Kg. Gentisan, Kg. Numbak dan kawasan sekitar Sepanggar, yang diramalkan lebih dari 6 JLH.<\/p>\n<p>\u201cJusteru itu, JANS turut melaksanakan pengawalan aktiviti penyambungan haram dan kecurian air bersepadu bersama agensi lain seperti Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK); Jabatan Tanah Ukur (JTU); Polis; Jabatan Imigresen Malaysia (JIM); Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Rela selain pemimpin setempat.<\/p>\n<p>\u201cPihak jabatan khususnya turut mempergiatkan usaha dan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti penyambungan haram dan kecurian aset JANS,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Alfian berkata, hujan lebat di beberapa kawasan di pantai barat Sabah turut menjejaskan agihan bekalan air di kawasan liputan LRA Telibong 1 dan 2 dimana air tidak dapat diproses kerana terlalu keruh.<\/p>\n<p>Katanya, antara kawasan terjejas ialah Universiti Utara Condominium, Universiti Condominium Apartment 2, Biz Hub\/Grand Merdeka Mall di Bandar Seirra, Putera Perdana Telipok, Putera Jaya, Tobobon Bukit, Kg. Rakyat Baru. (Tobobon), Kg. Kaliangau (Manggatal), Pusat Tahanan sementara, Kg. Dato, Kg. Muhibbah, Taman Wangsa Maju, Taman Putera Mas, Bakti Iklas perumahan dan Bukit Sepanggar\/Indah Permai.<\/p>\n<p>Manakala di Kg. Malawa, Taman Malawa Jaya, Perumahan Jaya Diri, Perumahan Bukit Setia, Perumahan Seri Gayang dan sebahagian KKIP Selatan turut mengalami gangguan agihan air.<\/p>\n<div class=\"at-below-post addthis_tool\" data-url=\"https:\/\/wartaoriental.com\/2021\/09\/09\/jans-laksana-catuan-berjadual-permintaan-bekalan-air-melebihi-jumlah-pengeluaran-air-terawat\/\" data-title=\"JANS laksana catuan berjadual, permintaan bekalan air melebihi jumlah pengeluaran air terawat - Warta Oriental\" data-description=\"ALFIAN SAMBAS- Setiausaha Perhubungan Awam Timbalan Ketua Menteri\/Menteri Kerja Raya. KOTA KINABALU : Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) telah melaksanakan catuan berjadual kepada pengguna di beberapa kawasan utara Kota Kinabalu bagi memberi laluan bekalan air kepada penduduk terjejas. Setiausaha Perhubungan Awam Kepada Timbalan Ketua Menteri I, Alfian Sambas berkata, ia berikutan permintaan bekalan air semasa [\u2026]\">\n<div id=\"atrsb2\" class=\"at-resp-share-element at-style-responsive at-mobile addthis-smartlayers addthis-animated at4-show\" role=\"region\" aria-labelledby=\"at-2810bec6-d44c-4d54-9484-8de30edabe69\"><span id=\"at-2810bec6-d44c-4d54-9484-8de30edabe69\" class=\"at4-visually-hidden\"><\/span><\/p>\n<div class=\"at-share-btn-elements\"><\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) melaksanakan catuan berjadual kepada pengguna di beberapa kawasan utara Kota Kinabalu bagi&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":4111,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-4110","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4110","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4110"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4110\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4113,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4110\/revisions\/4113"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4111"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4110"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4110"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4110"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}