{"id":41115,"date":"2026-11-17T14:08:57","date_gmt":"2026-11-17T06:08:57","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=41115"},"modified":"2026-11-17T14:09:28","modified_gmt":"2026-11-17T06:09:28","slug":"hajiji-mahu-agensi-kerajaan-lebih-serius-tangani-kemiskinan-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/hajiji-mahu-agensi-kerajaan-lebih-serius-tangani-kemiskinan-sabah\/","title":{"rendered":"Hajiji mahu agensi kerajaan lebih serius tangani kemiskinan Sabah"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU:<\/strong> Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menggesa semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan negeri memperkukuh kerjasama serta penyelarasan program pembasmian kemiskinan bagi memastikan setiap bantuan disalurkan secara lebih berkesan dan bersasar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, masih terdapat agensi yang melaksanakan program mengikut perancangan masing-masing tanpa penyelarasan mencukupi, sekali gus boleh menjejaskan keberkesanan usaha menangani kemiskinan di negeri ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, setiap agensi mempunyai tanggungjawab penting, namun rakyat tidak seharusnya dibebankan dengan kerenah birokrasi berulang dan maklumat bantuan yang tidak selaras.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTanggungjawab penyelarasan ini juga telah saya mandatkan kepada Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk menyelaras agenda pembasmian kemiskinan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cNamun demikian, kerjasama menyeluruh daripada semua agensi masih perlu dipertingkatkan, khususnya membabitkan perkongsian data penerima, maklumat bantuan yang telah disalurkan dan pelaporan keberhasilan intervensi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata demikian ketika merasmikan Simposium Kesejahteraan dan Transformasi Rakyat (KESTRA) 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini, pada Selasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hajiji berkata, kejayaan menoktahkan status miskin tegar bagi 22,510 ketua isi rumah (KIR) pada 31 Julai 2024 membuktikan keberkesanan kerjasama antara pelbagai agensi kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, katanya, pencapaian berkenaan tidak bermakna semua keluarga terbabit telah keluar sepenuhnya daripada kemiskinan kerana kedudukan sosioekonomi mereka boleh berubah mengikut keadaan semasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, kadar kemiskinan mutlak Sabah menurun daripada 19.7 peratus pada 2022 kepada 17.7 peratus pada 2024, namun negeri itu masih merekodkan kadar kemiskinan tertinggi di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, sebanyak 54 agensi kerajaan negeri, Persekutuan dan pemain industri kini melaksanakan 134 intervensi bantuan meliputi perumahan, pendidikan, pekerjaan, kebajikan, kewangan serta keusahawanan dan latihan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, beliau menegaskan jumlah program dan peruntukan yang besar tidak boleh dijadikan ukuran tunggal kejayaan pembasmian kemiskinan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cRakyat tidak hidup dengan statistik program, sebaliknya mereka memerlukan pendapatan, makanan, tempat tinggal, pendidikan dan harapan untuk masa depan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, Hajiji mahu penggunaan sistem eKasih dan Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) diperkukuh bagi memastikan bantuan tidak bertindih serta membolehkan tindakan susulan dilaksanakan terhadap setiap isi rumah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut menggesa pelaksanaan Program MySMJ Profiling di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dimanfaatkan bagi mendapatkan gambaran sebenar keperluan dan kedudukan sosioekonomi rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, semua dapatan serta cadangan daripada simposium berkenaan perlu diterjemahkan kepada pelan tindakan praktikal sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan tindakan lanjut.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menggesa semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan negeri memperkukuh kerjasama serta&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":41116,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-41115","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41115","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41115"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41115\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41117,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41115\/revisions\/41117"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41116"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41115"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41115"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41115"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}