{"id":41122,"date":"2026-11-18T09:06:13","date_gmt":"2026-11-18T01:06:13","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=41122"},"modified":"2026-11-18T09:06:17","modified_gmt":"2026-11-18T01:06:17","slug":"madius-gesa-kkm-tingkat-keupayaan-pembedahan-jantung-kanak-kanak-di-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/madius-gesa-kkm-tingkat-keupayaan-pembedahan-jantung-kanak-kanak-di-sabah\/","title":{"rendered":"Madius gesa KKM tingkat keupayaan pembedahan jantung kanak-kanak di Sabah"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KUALA LUMPUR:<\/strong> Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) digesa meningkatkan keupayaan pembedahan jantung kanak-kanak di Sabah bagi mengurangkan kebergantungan kepada pusat rawatan di Semenanjung, sekali gus meringankan beban kewangan keluarga pesakit.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, kemudahan rawatan kepakaran di Sabah perlu terus diperkukuh supaya lebih ramai pesakit mendapat rawatan tanpa perlu melakukan perjalanan jauh.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) ketika ini menyediakan perkhidmatan pembedahan jantung kongenital bagi kes tidak kompleks, namun terdapat kes tertentu yang masih perlu dirujuk ke pusat rawatan lain termasuk Institut Jantung Negara (IJN).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKeadaan ini menyebabkan keluarga pesakit terpaksa menanggung kos tambahan, khususnya tambang perjalanan dan penginapan ketika anak mereka memerlukan rawatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya mencadangkan supaya KKM mempertimbangkan lawatan berkala pakar bedah kardiotorasik yang berpengalaman dalam pembedahan jantung kanak-kanak ke Sabah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan 2027 KKM di peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat pada Selasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Madius yang juga Presiden Kehormat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, cadangan itu perlu disokong dengan penyediaan pasukan bius, rawatan rapi serta kemudahan perubatan lengkap bagi memastikan setiap prosedur pembedahan dilaksanakan dengan selamat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cApakah tambahan keupayaan pada 2027 supaya lebih banyak kes dapat dibedah dengan selamat di Sabah?\u201d soalnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam perkembangan sama, beliau turut menggesa KKM memperluas perkhidmatan pakar dan subkepakaran di hospital daerah termasuk Hospital Tuaran.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, penempatan pakar perlu mengambil kira keperluan serta tahap kesiapsiagaan hospital, selain melaksanakan lawatan pakar secara berkala mengikut jadual tetap.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan penduduk khususnya di kawasan luar bandar mendapat akses rawatan kepakaran lebih dekat tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada hospital utama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Madius turut meminta KKM menjelaskan perancangan kementerian menerusi Belanjawan 2027 bagi memperkukuh kemudahan dan keupayaan rawatan kepakaran di Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, peningkatan perkhidmatan kesihatan berkenaan bukan sahaja dapat mengurangkan kos perjalanan dan penginapan keluarga pesakit, malah memastikan rakyat Sabah menikmati akses rawatan yang lebih menyeluruh dan saksama.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) digesa meningkatkan keupayaan pembedahan jantung kanak-kanak di Sabah bagi mengurangkan kebergantungan kepada pusat rawatan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40771,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-41122","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41122","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41122"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41122\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41123,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41122\/revisions\/41123"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40771"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41122"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41122"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41122"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}