{"id":41140,"date":"2026-11-18T18:55:44","date_gmt":"2026-11-18T10:55:44","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=41140"},"modified":"2026-11-18T18:55:49","modified_gmt":"2026-11-18T10:55:49","slug":"bas-persiaran-hilang-kawalan-ketika-turun-bukit-lima-cedera-parah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/bas-persiaran-hilang-kawalan-ketika-turun-bukit-lima-cedera-parah\/","title":{"rendered":"Bas persiaran hilang kawalan ketika turun bukit, lima cedera parah"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>PAPAR:<\/strong> Detik cemas 21 individu apabila bas persiaran yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan ketika menuruni bukit sebelum terbabas ke bahu jalan di Jalan Bukit Kimanis-Keningau, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam kejadian kira-kira jam 1.34 tengah hari itu, lima mangsa dilaporkan cedera parah, termasuk warga emas yang mengalami kecederaan serius pada anggota badan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lebih mencemaskan, lima mangsa dilaporkan tersepit di dalam bas sebelum berjaya dikeluarkan orang awam yang tampil memberikan bantuan sebelum ketibaan pasukan bomba.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 pada jam 1.34 tengah hari.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Susulan itu, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis serta BBP Papar dikejarkan ke lokasi sejauh 25 kilometer.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSetibanya pasukan bomba pada jam 1.58 tengah hari, didapati sebuah bas persiaran membawa 21 individu terbabas ke bahu jalan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cLima mangsa yang dilaporkan tersepit berjaya dikeluarkan orang awam sebelum pasukan penyelamat tiba,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara mangsa cedera parah ialah lelaki berusia 64 tahun yang mengalami kecederaan kepala, dada dan bahu, manakala wanita berusia 66 tahun cedera di dada serta patah kaki.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seorang wanita berusia 60 tahun pula cedera di kepala dan pipi serta patah jari, sementara wanita berusia 61 tahun mengalami kecederaan dada dan patah jari.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mangsa kelima, lelaki berusia 71 tahun, dilaporkan patah tangan dan kaki selain mengalami bengkak pada muka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pasukan bomba bersama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan rawatan awal sebelum mangsa yang cedera parah dihantar ke hospital menggunakan ambulans.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Difahamkan, semua 21 individu terbabit adalah warganegara Malaysia dan sedang dalam perjalanan dari Keningau menuju ke Wilayah Persekutuan Labuan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Operasi menyelamat diketuai PBK I Nazir Chek Lah dengan bantuan enam anggota BBP Kimanis dan dua anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) BBP Papar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Operasi berjaya dikawal pada jam 2.42 petang sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.55 petang selepas pemeriksaan mendapati tiada bahaya lain di lokasi kejadian.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAPAR: Detik cemas 21 individu apabila bas persiaran yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan ketika menuruni bukit sebelum terbabas ke&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":41141,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-41140","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41140","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41140"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41140\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41142,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41140\/revisions\/41142"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41141"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41140"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41140"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41140"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}