{"id":41143,"date":"2026-11-19T08:28:55","date_gmt":"2026-11-19T00:28:55","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=41143"},"modified":"2026-11-19T08:29:01","modified_gmt":"2026-11-19T00:29:01","slug":"sifar-miskin-tegar-bukan-bermakna-rakyat-sabah-sudah-bebas-kemiskinan-warisan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/sifar-miskin-tegar-bukan-bermakna-rakyat-sabah-sudah-bebas-kemiskinan-warisan\/","title":{"rendered":"\u2018Sifar miskin tegar bukan bermakna rakyat Sabah sudah bebas kemiskinan!\u2019 \u2013 Warisan"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU:<\/strong> Jangan hanya berbangga dengan pengumuman sifar kemiskinan tegar sedangkan Sabah masih mencatatkan kadar kemiskinan dan pengangguran tertinggi di negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Itu teguran keras Parti Warisan terhadap kerajaan negeri yang diminta membuktikan kejayaan membasmi kemiskinan melalui peningkatan pendapatan, peluang pekerjaan dan taraf hidup rakyat, bukannya sekadar pengurangan angka dalam senarai rasmi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketua Penerangan Parti Warisan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Tham Yun Fook berkata, penghapusan kemiskinan tegar dan pembasmian kemiskinan secara menyeluruh adalah dua perkara berbeza.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, pengumuman Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bahawa negeri itu mencapai sifar kemiskinan tegar tidak bermakna masalah kemiskinan rakyat sudah selesai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSenarai kemiskinan tegar yang kosong tidak bermakna keluarga miskin benar-benar berjaya keluar daripada kemiskinan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKejayaan sebenar bukan berapa ramai rakyat dikeluarkan daripada senarai kemiskinan, tetapi berapa banyak keluarga yang benar-benar mampu menikmati kehidupan lebih baik,\u201d katanya dalam kenyataan pada Rabu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, berdasarkan data eKasih sehingga 15 Oktober lalu, Sabah masih mempunyai 55,555 ketua isi rumah yang dikategorikan sebagai miskin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, data Tinjauan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pula menunjukkan kadar kemiskinan mutlak Sabah masih tinggi pada 17.7 peratus berbanding purata nasional 5.1 peratus.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u2018Mana hasil pembangunan jika rakyat masih menganggur?\u2019<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yun Fook berkata, masalah pengangguran turut membelenggu Sabah apabila kadar pengangguran negeri itu bagi 2025 dilaporkan mencecah 7.2 peratus, berbanding purata negara sebanyak 3.0 peratus.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, kira-kira 134,400 individu menganggur sepanjang tahun berkenaan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan usaha kerajaan mewujudkan pekerjaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSabah mempunyai sumber semula jadi, tanah dan potensi pembangunan yang luas. Namun, mengapa kadar kemiskinan dan pengangguran masih tertinggi di Malaysia?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKerajaan perlu menjelaskan berapa banyak pekerjaan sebenar diwujudkan setiap tahun dan berapa ramai rakyat tempatan mendapat manfaat daripadanya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut membangkitkan kadar pengangguran belia berusia 20 hingga 24 tahun yang menurut data 2024 mencecah 36.9 peratus, manakala kumpulan 25 hingga 29 tahun mencatatkan 16.2 peratus.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, keadaan itu menunjukkan anak muda Sabah masih berdepan kesukaran mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan dan kemahiran mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yun Fook turut mempersoalkan sama ada pengurangan jumlah miskin tegar benar-benar berpunca daripada peningkatan pendapatan atau sekadar pengemaskinian data dan penilaian semula kategori kemiskinan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, kerajaan perlu memastikan keluarga yang menerima bantuan mampu mengekalkan kehidupan stabil dan tidak kembali terjerumus dalam kemiskinan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, Warisan mengambil maklum kenyataan Hajiji pada Seminar Kesejahteraan dan Transformasi Rakyat (KESTRA), Selasa lalu, bahawa kejayaan program pembasmian kemiskinan tidak boleh diukur melalui jumlah bantuan dan peruntukan semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, prinsip itu perlu diterjemahkan melalui tindakan konkrit, termasuk mewujudkan pekerjaan bergaji munasabah, meningkatkan pendapatan isi rumah dan memperkukuh ekonomi luar bandar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cWarisan tidak menafikan usaha kerajaan membasmi kemiskinan tegar, tetapi sifar kemiskinan tegar hanyalah satu peringkat, bukannya penamat kepada masalah kemiskinan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cRakyat mahu kehidupan lebih baik, bukan sekadar angka cantik dalam laporan kerajaan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut menggesa kerajaan menetapkan petunjuk prestasi tahunan yang jelas bagi mencapai sasaran mengurangkan kadar kemiskinan mutlak Sabah kepada antara tiga hingga lima peratus menjelang 2030.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Jangan hanya berbangga dengan pengumuman sifar kemiskinan tegar sedangkan Sabah masih mencatatkan kadar kemiskinan dan pengangguran tertinggi di&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":34622,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-41143","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41143","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41143"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41143\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41144,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41143\/revisions\/41144"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/34622"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41143"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41143"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41143"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}