{"id":41146,"date":"2026-11-19T09:11:31","date_gmt":"2026-11-19T01:11:31","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=41146"},"modified":"2026-11-19T09:12:06","modified_gmt":"2026-11-19T01:12:06","slug":"kakitangan-jkns-maut-polis-siasat-kemungkinan-dilanggar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kakitangan-jkns-maut-polis-siasat-kemungkinan-dilanggar\/","title":{"rendered":"Kakitangan JKNS maut, polis siasat kemungkinan dilanggar"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>PAPAR:<\/strong>&nbsp;Hasrat seorang kakitangan Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) untuk ke tempat kerja tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 8, Jalan Papar-Beaufort, awal pagi Rabu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa lelaki berusia 46 tahun dipercayai menunggang motosikal dari arah Papar menuju ke Membakut sebelum terbabit dalam kemalangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan Hospital Papar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Heryan Mohd Tahir berkata, pemeriksaan awal menemukan kesan kerosakan pada bahagian belakang motosikal mangsa, sekali gus menimbulkan kemungkinan terdapat kenderaan lain terbabit.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBagaimanapun, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan termasuk menentukan sama ada mangsa terbabas sendiri atau dilanggar kenderaan lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPolis kini sedang giat mengesan kenderaan yang mungkin terbabit selain mendapatkan maklumat daripada saksi bebas bagi membantu siasatan,\u201d katanya dalam kenyataan media.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan kemalangan itu membabitkan kenderaan lain yang masih belum dikenal pasti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, orang ramai khususnya pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan sekitar jam 4.30 pagi diminta tampil membantu siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor El Najeeb Abdul Rhahman di talian 016-8813880.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Heryan turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan, khususnya ketika memandu pada waktu malam serta awal pagi.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAPAR:&nbsp;Hasrat seorang kakitangan Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) untuk ke tempat kerja tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan jalan raya&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":41147,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[19],"tags":[],"class_list":["post-41146","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41146","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41146"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41146\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41148,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41146\/revisions\/41148"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41147"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41146"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41146"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41146"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}