{"id":41156,"date":"2026-11-19T12:37:08","date_gmt":"2026-11-19T04:37:08","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=41156"},"modified":"2026-11-19T12:37:17","modified_gmt":"2026-11-19T04:37:17","slug":"sabah-lulus-akta-371-dapat-kerusi-tetap-lembaga-farmasi-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/sabah-lulus-akta-371-dapat-kerusi-tetap-lembaga-farmasi-malaysia\/","title":{"rendered":"Sabah lulus Akta 371, dapat kerusi tetap Lembaga Farmasi Malaysia"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU:<\/strong> Kabinet Sabah meluluskan penerimaan pakai Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 (Akta 371), sekali gus membolehkan negeri itu mempunyai satu kerusi tetap dalam Lembaga Farmasi Malaysia (LFM).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Julita Majungki berkata, keputusan itu diluluskan Jemaah Menteri Negeri pada Rabu bagi memperkukuh kawal selia profesion farmasi di Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, kerusi tetap berkenaan akan memastikan suara dan kepentingan Sabah diambil kira dalam keputusan berkaitan pembangunan serta kawal selia profesion farmasi di peringkat kebangsaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cWakil Sabah akan dicadangkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan tertakluk kepada kelulusan kerajaan negeri,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Julita berkata, peluasan Akta 371 ke Sabah membolehkan pengiktirafan kelayakan dan pendaftaran ahli farmasi serta perbadanan berkaitan farmasi dilaksanakan mengikut kerangka kawal selia kebangsaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, akta itu turut merangkumi tindakan tatatertib terhadap salah laku profesional selain mengawal penggunaan gelaran \u201cahli farmasi\u201d dan istilah \u201cfarmasi\u201d bagi mengelakkan penyalahgunaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, institusi pengajian tinggi di Sabah yang bercadang menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Farmasi dan Diploma Farmasi juga boleh memohon pengiktirafan LFM.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Premis latihan bagi Ahli Farmasi Berdaftar Secara Bersyarat (PRP) turut berpeluang mendapat pengiktirafan rasmi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPenerimaan pakai Akta 371 ini amat bertepatan pada masanya ketika Sabah terus memperkukuh sistem kesihatan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cAkta ini akan memastikan ahli farmasi yang beramal di Sabah memenuhi standard profesional yang diiktiraf, sekali gus memperkukuh perlindungan kepentingan awam dan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan farmasi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Julita berkata, akta berkenaan mula berkuat kuasa di Semenanjung Malaysia pada 1952 sebelum diperluaskan ke Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pada 2009.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penerimaan pakainya di Sabah akan membolehkan negeri itu berada dalam kerangka kawal selia profesion farmasi yang sama dengan wilayah lain di Malaysia.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kabinet Sabah meluluskan penerimaan pakai Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 (Akta 371), sekali gus membolehkan negeri itu mempunyai&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":40148,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-41156","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41156","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41156"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41156\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41157,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41156\/revisions\/41157"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40148"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41156"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41156"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41156"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}