{"id":41161,"date":"2026-11-20T07:11:48","date_gmt":"2026-11-19T23:11:48","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=41161"},"modified":"2026-11-20T07:11:51","modified_gmt":"2026-11-19T23:11:51","slug":"isu-tebang-pokok-di-likas-tham-gesa-dbkk-libatkan-wakil-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/isu-tebang-pokok-di-likas-tham-gesa-dbkk-libatkan-wakil-rakyat\/","title":{"rendered":"Isu tebang pokok di Likas, Tham gesa DBKK libatkan wakil rakyat"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU:<\/strong> Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) digesa meningkatkan ketelusan serta memastikan wakil rakyat dilibatkan dalam proses membuat keputusan berkaitan kerja penebangan pokok di kawasan sekitar Likas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Tham Yun Fook berkata, langkah itu penting bagi memastikan setiap keputusan yang memberi kesan kepada penduduk dilaksanakan dengan mengambil kira pandangan dan kebimbangan masyarakat setempat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, penebangan pokok di tepi jalan di beberapa kawasan sekitar Likas mencetuskan persoalan dalam kalangan penduduk mengenai keperluan dan kaedah pelaksanaan kerja berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, susulan kebimbangan itu, pihaknya mendapatkan penjelasan daripada DBKK yang memaklumkan penebangan pokok dilakukan bagi memberi laluan kepada projek pelebaran jalan, selain menghapuskan risiko keselamatan akibat pokok yang sudah tua dan reput.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSebagai wakil rakyat Likas, saya tidak dimaklumkan mahupun dirujuk sebelum kerja-kerja penebangan pokok ini dijalankan,\u201d katanya menerusi kenyataan pada Khamis.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tham berkata, beliau memahami faktor keselamatan yang menjadi pertimbangan pihak berkuasa tempatan, terutama ketika cuaca buruk yang boleh mengakibatkan pokok atau dahan besar tumbang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, katanya, keperluan menjaga keselamatan awam tidak seharusnya menyebabkan aspek komunikasi dan ketelusan dalam pelaksanaan sesuatu projek diabaikan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut memaklumkan bahawa DBKK memberi jaminan untuk melaksanakan penanaman semula menggunakan pokok bersaiz lebih kecil, tanaman hiasan dan pokok berbunga yang lebih sesuai dengan keadaan persekitaran.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya menyambut baik jaminan penanaman semula itu dan akan terus memantau pelaksanaannya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam perkembangan sama, Tham turut membangkitkan persoalan mengenai penglibatan wakil rakyat pembangkang dalam Mesyuarat Tindakan Bandaraya yang mungkin membincangkan perkara berkaitan kawasan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, semua wakil rakyat sepatutnya diberi peluang menyertai perbincangan berkaitan kepentingan penduduk tanpa mengira perbezaan fahaman politik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cWakil rakyat tidak sepatutnya diketepikan daripada sebarang perbincangan hanya kerana mereka datang daripada parti politik yang berbeza.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKami mewakili rakyat, bukan semata-mata parti masing-masing,\u201d tegasnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, beliau menggesa DBKK supaya melibatkan semua wakil rakyat dalam Mesyuarat Tindakan Bandaraya dan proses membuat keputusan yang memberi kesan langsung kepada kawasan masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, penglibatan wakil rakyat membolehkan suara penduduk disampaikan lebih awal, sekali gus membantu pihak berkuasa mengenal pasti kebimbangan masyarakat sebelum sesuatu tindakan dilaksanakan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tham menegaskan bahawa keselamatan awam perlu sentiasa menjadi keutamaan, namun usaha memelihara alam sekitar serta hak penduduk untuk didengari juga perlu diberikan perhatian sewajarnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, pihaknya akan terus berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan kepentingan dan kesejahteraan penduduk Likas terpelihara.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) digesa meningkatkan ketelusan serta memastikan wakil rakyat dilibatkan dalam proses membuat keputusan berkaitan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":41162,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-41161","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41161","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41161"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41161\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41163,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41161\/revisions\/41163"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41162"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41161"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41161"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41161"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}