{"id":41166,"date":"2026-11-20T07:44:15","date_gmt":"2026-11-19T23:44:15","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=41166"},"modified":"2026-11-20T07:48:13","modified_gmt":"2026-11-19T23:48:13","slug":"warga-emas-maut-selepas-kereta-rempuh-lori","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/warga-emas-maut-selepas-kereta-rempuh-lori\/","title":{"rendered":"Warga emas maut selepas kereta rempuh lori"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>PAPAR:<\/strong> Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya merempuh sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 28, Jalan Kimanis-Keningau, di sini, malam Rabu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam itu, mangsa berusia 64 tahun dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pengalat dari arah Keningau.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Heryan Mohd Tahir berkata, siasatan awal mendapati lori terbabit dipandu seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun yang datang dari arah bertentangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu lori dipercayai membelok ke kanan untuk memasuki satu simpang sebelum kereta mangsa merempuh bahagian sisi kiri kenderaan berat berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cDisebabkan jarak terlalu dekat, mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian sisi kiri lori berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cAkibat perlanggaran itu, mangsa tersepit di dalam kereta dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,\u201d katanya ketika dihubungi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Heryan berkata, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu bagi menjalani proses bedah siasat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPemandu lori berusia 35 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan lanjut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau membahayakan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berwaspada dan memastikan keadaan lalu lintas benar-benar selamat sebelum membelok atau memasuki simpang, khususnya pada waktu malam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor El Najeeb Abdul Rhahman di talian 016-881 3880 atau mana-mana balai polis berhampiran.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAPAR: Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya merempuh sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 28, Jalan Kimanis-Keningau, di&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":41167,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-41166","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41166","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41166"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41166\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41168,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41166\/revisions\/41168"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41167"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41166"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41166"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41166"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}