{"id":41177,"date":"2026-11-20T15:25:18","date_gmt":"2026-11-20T07:25:18","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=41177"},"modified":"2026-11-20T15:25:26","modified_gmt":"2026-11-20T07:25:26","slug":"penanda-kiblat-di-gunung-kinabalu-hanya-kemudahan-asas-bukan-hak-eksklusif-mufti-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/penanda-kiblat-di-gunung-kinabalu-hanya-kemudahan-asas-bukan-hak-eksklusif-mufti-sabah\/","title":{"rendered":"Penanda kiblat di Gunung Kinabalu hanya kemudahan asas, bukan hak eksklusif \u2013 Mufti Sabah"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU:<\/strong> Penyediaan penanda arah kiblat di Gunung Kinabalu hanya bertujuan memudahkan umat Islam menunaikan solat dan bukan memberikan keistimewaan eksklusif kepada mana-mana agama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mufti Sabah, Datuk Dr Bungsu @ Aziz Jaafar berkata, kewujudan penanda berkenaan sama sekali tidak menafikan hak penganut agama lain untuk berdoa atau mengamalkan kepercayaan masing-masing di kawasan pergunungan itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKewujudan penanda kiblat sama sekali tidak menghalang penganut agama lain untuk berdoa atau mengamalkan kepercayaan masing-masing di gunung tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTiada istilah keistimewaan eksklusif kepada satu-satu agama di Gunung Kinabalu,\u201d katanya dalam kenyataan pada Jumaat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, sebarang aktiviti keagamaan boleh dilaksanakan berdasarkan keperluan dan tertakluk kepada kelulusan pihak berautoriti, iaitu Taman-Taman Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau menjelaskan, pemasangan penanda kiblat juga tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana memerlukan pengesahan rasmi daripada badan berautoriti seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau jabatan agama berkaitan bagi memastikan ketepatan arah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, Bungsu mengalu-alukan penganut agama lain termasuk Kristian, Hindu, Buddha serta kepercayaan lain mengemukakan cadangan penyediaan kemudahan tertentu kepada pengurusan Taman-Taman Sabah untuk dipertimbangkan mengikut kesesuaian dan peraturan taman.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, prinsip layanan saksama tidak semestinya bermaksud semua bentuk kemudahan keagamaan perlu diseragamkan, sebaliknya memastikan setiap pengunjung dihormati dan diberikan ruang mengamalkan kepercayaan masing-masing tanpa menjejaskan hak pihak lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cOrang ramai tidak harus keliru antara menyediakan kemudahan untuk satu agama dengan memberikan keistimewaan sehingga menafikan hak agama lain kerana penanda kiblat hanya petunjuk arah dan kemudahan, bukannya satu kewajipan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pada itu, beliau menegaskan aspek keselamatan serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pendakian perlu sentiasa menjadi keutamaan dan tidak boleh dikompromi oleh sebarang aktiviti keagamaan mahupun kebudayaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bungsu turut mengingatkan bahawa Gunung Kinabalu kekal terbuka kepada semua lapisan masyarakat, manakala tanggungjawab memelihara keselamatan dan kelestarian khazanah alam berkenaan perlu dipikul bersama.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Penyediaan penanda arah kiblat di Gunung Kinabalu hanya bertujuan memudahkan umat Islam menunaikan solat dan bukan memberikan keistimewaan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":41178,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-41177","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41177","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41177"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41177\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41179,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41177\/revisions\/41179"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41178"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41177"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41177"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41177"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}