{"id":41180,"date":"2026-11-20T15:39:45","date_gmt":"2026-11-20T07:39:45","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=41180"},"modified":"2026-11-20T15:39:50","modified_gmt":"2026-11-20T07:39:50","slug":"pemegang-kad-dpp-dilarang-masuk-sabah-sarawak-dan-labuan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pemegang-kad-dpp-dilarang-masuk-sabah-sarawak-dan-labuan\/","title":{"rendered":"Pemegang Kad DPP dilarang masuk Sabah, Sarawak dan Labuan"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KUALA LUMPUR:<\/strong> Pemegang Kad Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) tidak dibenarkan memasuki Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, selain pergerakan mereka di Semenanjung turut tertakluk kepada kawalan imigresen.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan, pemegang kad berkenaan yang diberikan Pas Khas mengikut Peraturan 14, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 hanya dibenarkan berada di negeri tempat mereka didaftarkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut kementerian itu, sebarang pergerakan ke negeri lain memerlukan kelulusan bertulis daripada Pengarah Imigresen Negeri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKad DPP bukan dokumen perjalanan dan pemegangnya tidak dibenarkan memasuki Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan,\u201d menurut jawapan bertulis KDN yang disiarkan di laman rasmi Parlimen.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KDN menjelaskan, Program DPP yang mula dilaksanakan pada 1 Januari lalu bertujuan mengambil alih fungsi pendaftaran pelarian daripada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) secara berperingkat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Program itu membolehkan kerajaan membangunkan pangkalan data biometrik rasmi merangkumi pengesahan identiti, profil keselamatan dan maklumat lokasi bagi memperkukuh pemantauan terhadap golongan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KDN menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) berhubung jumlah warga Rohingya, penglibatan dalam jenayah, pemalsuan kad UNHCR, lokasi penempatan serta langkah kerajaan mengawal dan menguruskan pelarian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut kementerian itu, hanya pelarian yang sudah berada di Malaysia sebelum 1 Januari 2023 layak dipertimbangkan menyertai Program DPP bagi mengelakkan pelaksanaannya menjadi faktor tarikan kemasukan baharu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pelarian atau pemohon suaka yang memasuki negara secara tidak sah selepas tarikh berkenaan tidak akan dipertimbangkan dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan imigresen.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KDN turut menegaskan bahawa pemilikan Kad DPP tidak memberikan taraf pemastautin tetap atau menjadi laluan memperoleh kewarganegaraan Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMana-mana individu yang melanggar undang-undang atau syarat ditetapkan boleh dikenakan tindakan termasuk pembatalan pas dan pengusiran mengikut proses undang-undang,\u201d menurut kementerian itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sementara itu, rekod UNHCR sehingga 30 September lalu menunjukkan seramai <strong>227,414 pelarian dan pemohon suaka<\/strong> berdaftar di Malaysia, dengan 205,273 orang atau 90.2 peratus berasal dari Myanmar, termasuk 132,400 etnik Rohingya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selangor mencatatkan taburan tertinggi pemegang kad UNHCR di Semenanjung dengan 74,028 orang atau 33 peratus, diikuti Kuala Lumpur sebanyak 47,333 orang dan Pulau Pinang 25,357 orang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setakat 31 Oktober lalu, seramai 6,294 etnik Rohingya direkodkan berada di depot tahanan imigresen seluruh Semenanjung daripada keseluruhan 11,208 tahanan warga Myanmar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam perkembangan berkaitan, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 199 kes jenayah indeks membabitkan pelarian Myanmar dari 2022 hingga Ogos 2026.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PDRM turut merekodkan satu kes pemalsuan kad UNHCR di Kuala Lumpur yang membabitkan enam warga Myanmar, dengan kesemua individu berkenaan sudah dituduh di mahkamah.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Pemegang Kad Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) tidak dibenarkan memasuki Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, selain pergerakan mereka&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":41181,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-41180","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41180","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41180"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41180\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41182,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41180\/revisions\/41182"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41181"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41180"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41180"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41180"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}