{"id":41186,"date":"2026-11-20T21:04:32","date_gmt":"2026-11-20T13:04:32","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=41186"},"modified":"2026-11-20T21:04:37","modified_gmt":"2026-11-20T13:04:37","slug":"lelaki-disyaki-terbabit-kes-bunuh-di-menggatal-ditahan-di-tawau","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/lelaki-disyaki-terbabit-kes-bunuh-di-menggatal-ditahan-di-tawau\/","title":{"rendered":"Lelaki disyaki terbabit kes bunuh di Menggatal ditahan di Tawau"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>TAWAU:<\/strong> Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh yang berlaku di Menggatal, Kota Kinabalu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Suspek ditahan kira-kira jam 11.30 pagi Jumaat menerusi operasi yang dijalankan sepasukan anggota Balai Polis Tawau bersama Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, tangkapan itu dilakukan hasil tindakan susulan berdasarkan maklumat yang diperoleh berkaitan siasatan kes berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, pemeriksaan terhadap suspek membawa kepada penemuan sebuah telefon bimbit dan beg pinggang yang turut dirampas bagi membantu siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSusulan tangkapan itu, polis turut merampas beberapa barangan lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,\u201d katanya dalam kenyataan pada Jumaat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rosdi berkata, siasatan lanjut akan diteruskan secara menyeluruh dengan meneliti setiap bahan bukti yang diperoleh bagi membantu melengkapkan siasatan kes berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kerana dikhuatiri boleh menjejaskan proses siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPDRM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang terbabit dalam kegiatan jenayah dan akan terus mempergiat usaha membanteras jenayah demi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut menyeru masyarakat supaya memainkan peranan sebagai mata dan telinga polis dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah bagi membolehkan tindakan segera diambil.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, kerjasama erat antara pihak polis dan masyarakat amat penting dalam memastikan keselamatan komuniti terus terjamin.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAWAU: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh yang berlaku di Menggatal, Kota Kinabalu&#8230;.<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":41187,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-41186","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41186","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41186"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41186\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41188,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41186\/revisions\/41188"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41187"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41186"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41186"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41186"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}