{"id":41202,"date":"2026-11-22T10:59:06","date_gmt":"2026-11-22T02:59:06","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=41202"},"modified":"2026-11-22T10:59:15","modified_gmt":"2026-11-22T02:59:15","slug":"mengamuk-pecah-barang-dan-ugut-keluarga-lelaki-dicekup","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/mengamuk-pecah-barang-dan-ugut-keluarga-lelaki-dicekup\/","title":{"rendered":"Mengamuk, pecah barang dan ugut keluarga, lelaki dicekup"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>TAWAU<\/strong>: Gara-gara disyaki mengamuk, memecahkan barangan rumah dan mengugut ahli keluarga sendiri, seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan polis di Kampung Simpang Tiga, Merotai Besar, di sini, malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Suspek dipercayai bertindak agresif dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi semalam sebelum mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap seorang ahli keluarganya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Rosdi Mat Jusoh berkata, suspek turut mengajak ahli keluarganya bergaduh di luar rumah sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan mangsa dan keluarga.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, susulan laporan diterima, sepasukan anggota dari Balai Polis Bombalai segera menjalankan usaha mengesan suspek.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cHasil tindakan pantas polis, suspek berjaya ditahan kira-kira jam 10.15 malam pada hari sama di kawasan sebuah rumah di Kampung Simpang Tiga, Merotai Besar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPenahanan dilakukan kurang 24 jam selepas laporan polis diterima,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rosdi berkata, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Tawau untuk siasatan dan tindakan lanjut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau menegaskan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan ugutan atau menggunakan kekerasan sehingga mengancam keselamatan orang lain, termasuk ahli keluarga sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cOrang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya berdepan sebarang ancaman, sebaliknya segera membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rosdi turut menggesa masyarakat menjadi mata dan telinga polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah demi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terus terpelihara.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAWAU: Gara-gara disyaki mengamuk, memecahkan barangan rumah dan mengugut ahli keluarga sendiri, seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan polis di&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":41203,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-41202","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41202","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41202"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41202\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41204,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41202\/revisions\/41204"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41203"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41202"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41202"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41202"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}