{"id":41218,"date":"2026-11-22T19:14:26","date_gmt":"2026-11-22T11:14:26","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=41218"},"modified":"2026-11-22T19:14:35","modified_gmt":"2026-11-22T11:14:35","slug":"jeffrey-gesa-sabah-tolak-bayaran-interim-40-peratus-selama-lima-tahun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/jeffrey-gesa-sabah-tolak-bayaran-interim-40-peratus-selama-lima-tahun\/","title":{"rendered":"Jeffrey gesa Sabah tolak bayaran interim 40 peratus selama lima tahun"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU:<\/strong> Kerajaan Sabah digesa menolak cadangan pembayaran interim secara berperingkat selama lima tahun bagi tuntutan 40 peratus hasil bersih negeri itu kerana dikhuatiri terus melengahkan pelaksanaan hak berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata, pembayaran interim RM1.5 bilion yang dipersetujui sebelum ini sepatutnya hanya terpakai bagi 2026, sementara kerajaan Persekutuan dan Sabah memuktamadkan mekanisme pembayaran penuh.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, cadangan meningkatkan bayaran interim secara berperingkat setiap tahun untuk tempoh lima tahun menimbulkan persoalan sama ada aturan itu akhirnya menggantikan pelaksanaan hak sebenar Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJika aturan itu sudah diputuskan, menerimanya bermakna kita membenarkan bayaran interim mengambil tempat hak 40 peratus Sabah untuk tempoh lima tahun,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jeffrey berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu sebelum ini mendapati semakan sewajarnya tidak dilaksanakan sejak 1974.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, pembayaran interim, walaupun diwartakan, tidak sepatutnya dianggap sebagai penyelesaian kepada tuntutan Geran Khas 40 peratus yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan negeri menolak cadangan pembayaran interim bagi tahun berikutnya dan memastikan sebarang aturan pembayaran tidak menjejaskan kedudukan undang-undang berhubung hak Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud, memastikan rundingan tuntutan 40 peratus itu diselesaikan serta dimuktamadkan secepat mungkin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jeffrey juga mencadangkan kerajaan Persekutuan menjadikan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) sebagai sasaran untuk melunaskan sepenuhnya hak berkenaan sebelum hari pengundian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, penyelesaian itu dapat membantu memulihkan keyakinan rakyat terhadap komitmen kerajaan Persekutuan dalam menangani tuntutan Sabah yang berlarutan sejak beberapa dekad lalu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKerajaan Sabah pula perlu bertegas mempertahankan hak negeri dan menamatkan kesusahan yang terpaksa ditanggung rakyat terlalu lama,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jeffrey menegaskan bahawa pembayaran interim tidak boleh dijadikan pengganti kepada penyelesaian muktamad tuntutan 40 peratus hasil bersih Sabah.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah digesa menolak cadangan pembayaran interim secara berperingkat selama lima tahun bagi tuntutan 40 peratus hasil bersih&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":35605,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-41218","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41218","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41218"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41218\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41219,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41218\/revisions\/41219"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/35605"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41218"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41218"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41218"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}