{"id":41226,"date":"2026-11-23T13:28:32","date_gmt":"2026-11-23T05:28:32","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=41226"},"modified":"2026-11-23T13:28:45","modified_gmt":"2026-11-23T05:28:45","slug":"jamawi-cedera-kepala-selepas-tergelincir-di-tandas-vip-klia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/jamawi-cedera-kepala-selepas-tergelincir-di-tandas-vip-klia\/","title":{"rendered":"Jamawi cedera kepala selepas tergelincir di tandas VIP KLIA"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU:<\/strong> Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar mengalami kecederaan di kepala selepas tergelincir ketika menggunakan tandas di ruang menunggu kenamaan (VIP) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi Isnin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kejadian berhampiran Bilik Bunga Mawar itu menyebabkan kepala beliau terhentak ke lantai sehingga mengalami luka yang memerlukan jahitan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jamawi menerusi perkongsian di media sosial berkata, kejadian itu berlaku akibat permukaan lantai tandas yang licin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, beliau tampil menjelaskan keadaan sebenar selepas beberapa kenalan yang melihatnya dengan tuala berdarah menutupi kepala menghubungi beliau untuk bertanyakan kejadian berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cAda kawan-kawan yang nampak saya di KLIA dengan tuala berdarah menutupi kepala pagi tadi WhatsApp dan call tanya apa yang berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSebenarnya berlaku kemalangan kecil ketika saya menggunakan tandas berhampiran Bilik Bunga Mawar di ruang menunggu VIP KLIA.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPermukaan tandas yang licin menyebabkan saya tergelincir dan kepala terhentak ke lantai,\u201d katanya menerusi hantaran berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jamawi turut merakamkan penghargaan kepada doktor dan jururawat Menara Medical Clinics KLIA yang memberikan rawatan serta menjahit luka di kepalanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pada itu, beliau menasihatkan pihak Malaysia Airports supaya mengambil tindakan penambahbaikan terhadap permukaan lantai tandas bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terjamin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, penyediaan laluan kecemasan ke klinik berhampiran KLIA juga perlu diberikan perhatian bagi memudahkan urusan mendapatkan rawatan sekiranya berlaku kecemasan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cLatihan juga harus diberikan kepada kakitangan agar langkah-langkah awal rawatan kecemasan dapat dilaksanakan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sementara itu, Jamawi memaklumkan beliau tetap meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu menerusi penerbangan yang dijadualkan pada jam 1.05 petang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau sebelum itu menempuh perjalanan jauh dari Brasilia, Brazil, melalui Sao Paulo dan Doha sebelum tiba di KLIA.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jamawi turut mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Annuar Musa, Datuk Yusuf Apdal serta rakan-rakan lain yang bertanyakan khabar selepas melihat keadaannya di lapangan terbang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cAmat menghargainya,\u201d katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar mengalami kecederaan di kepala selepas tergelincir ketika menggunakan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":41227,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-41226","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41226","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41226"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41226\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41228,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41226\/revisions\/41228"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41227"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41226"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41226"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41226"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}