{"id":41318,"date":"2026-11-28T09:32:34","date_gmt":"2026-11-28T01:32:34","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/?p=41318"},"modified":"2026-11-28T09:32:37","modified_gmt":"2026-11-28T01:32:37","slug":"wira-warisan-persoal-sasaran-margin-rizab-elektrik-sabah-26-peratus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wira-warisan-persoal-sasaran-margin-rizab-elektrik-sabah-26-peratus\/","title":{"rendered":"Wira Warisan persoal sasaran margin rizab elektrik Sabah 26 peratus"},"content":{"rendered":"<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>KOTA KINABALU:  <\/strong>Wira Warisan Pusat mempersoalkan kemampuan kerajaan negeri mencapai sasaran margin rizab penjanaan elektrik sebanyak 26 peratus menjelang akhir tahun ini susulan gangguan bekalan elektrik yang berulang di Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketua Wira Warisan Pusat, Mohd Khairuddin Daud berkata, kejadian menara penghantaran elektrik tumbang di Ranau sehingga menjejaskan lebih 150,000 pengguna berdaftar di Pantai Timur Sabah menimbulkan persoalan mengenai tahap kesiapsiagaan, pengurusan risiko dan keberkesanan perancangan infrastruktur tenaga negeri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor pada 21 September lalu mengumumkan margin rizab penjanaan elektrik Sabah dijangka mencapai 26 peratus menjelang akhir 2026.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun pada 16 November lalu memaklumkan margin rizab berkenaan meningkat daripada lapan peratus pada 2024 kepada 19 peratus setakat Ogos 2026.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBerapakah margin rizab penjanaan elektrik Sabah setakat November 2026? Apakah projek penjanaan tambahan yang telah beroperasi dan adakah sasaran tersebut masih mampu dicapai dalam tempoh yang ditetapkan?\u201d katanya dalam kenyataan pada Jumaat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohd Khairuddin berkata, peningkatan kapasiti penjanaan perlu disertai sistem penghantaran dan pengagihan yang berdaya tahan bagi menjamin kestabilan bekalan elektrik kepada rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut menggesa kerajaan negeri menjelaskan keberkesanan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) bernilai RM645 juta di Lahad Datu serta perkembangan projek Southern Link yang diumumkan menerima peruntukan RM765 juta daripada Kerajaan Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pada itu, Wira Warisan menyokong gesaan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya siasatan teknikal bebas dilaksanakan, hasilnya didedahkan kepada umum dan pelan tindakan dengan garis masa yang jelas dikemukakan kepada rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Mohd Khairuddin, ketidakstabilan bekalan elektrik bukan sahaja menjejaskan kehidupan rakyat, malah memberi kesan terhadap keyakinan pelabur, kelangsungan perniagaan serta peluang pekerjaan generasi muda Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSetiap sasaran dan pengumuman kerajaan perlu disertai dengan pencapaian yang boleh diukur, pelaksanaan yang telus serta manfaat yang dapat dirasai oleh rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cRakyat Sabah berhak mengetahui kedudukan sebenar sistem tenaga negeri, bukan sekadar angka sasaran yang diumumkan,\u201d katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Wira Warisan Pusat mempersoalkan kemampuan kerajaan negeri mencapai sasaran margin rizab penjanaan elektrik sebanyak 26 peratus menjelang akhir&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":41319,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-41318","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41318","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41318"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41318\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41320,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41318\/revisions\/41320"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41319"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41318"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41318"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41318"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}