{"id":4178,"date":"2021-09-13T06:00:44","date_gmt":"2021-09-13T06:00:44","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=4178"},"modified":"2021-09-13T06:00:44","modified_gmt":"2021-09-13T06:00:44","slug":"presiden-warisan-bukan-rubber-stamp-azis-jamman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/presiden-warisan-bukan-rubber-stamp-azis-jamman\/","title":{"rendered":"Presiden WARISAN bukan &#8216;rubber stamp&#8217; &#8211; Azis Jamman"},"content":{"rendered":"<p><span data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">KUALA LUMPUR : Parti Warisan Sabah (WARISAN) menjelaskan mereka tidak bersama Pakatan Harapan (PH) dalam menjayakan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dengan kerajaan kerana tidak dilibatkan dari awal.<\/span><\/p>\n<p><span data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">Ketua Wira WARISAN, Datuk Mohd Azis Jamman, berkata partinya hanya dijemput pada peringkat akhir selepas PH dan kerajaan sudah berunding dan mencapai persetujuan untuk menandatangani MoU itu.<\/span><\/p>\n<p><span data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">Katanya, perlu ada keikhlasan dalam kalangan blok pembangkang berhubung MoU berkenaan dan tidak sepatutnya WARISAN diminta mengikut apa sahaja keputusan PH.<\/span><\/p>\n<p><span data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">&#8220;Dari awal sepatutnya blok pembangkang yang ada 105 kerusi Parlimen dipanggil, kita perlu duduk berbincang sebelum jumpa Perdana Menteri lagi. Kena ada keikhlasan.<\/span><\/p>\n<p><span data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">&#8220;Ini tidak, selepas beberapa kali bermesyuarat (dengan wakil kerajaan), baru kita dipanggil dan diberitahu nak buat MoU.<\/span><\/p>\n<p><span data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">&#8220;Jangan jadikan kita pak turut, Presiden WARISAN bukannya &#8216;rubber stamp&#8217;,&#8221; katanya dalam laporan Berita Harian, hari ini.<\/span><\/p>\n<p><span data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">Beliau mengulas kenyataan Penyelaras Ketua Whip Ahli Parlimen PH, Anthony Loke, yang menafikan mereka mengetepikan parti pembangkang lain dalam proses rundingan dengan kerajaan berhubung MoU Transformasi dan Kestabilan Politik.<\/span><\/p>\n<p><span data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">Terdahulu Loke dilaporkan berkata satu taklimat khas berkenaan kandungan MoU telah disampaikan oleh pimpinan tertinggi PH kepada Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, petang semalam.<\/span><\/p>\n<p><span data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">Katanya, wakil WARISAN juga dijemput untuk taklimat itu namun mereka tidak hadir.<\/span><\/p>\n<p><span data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">&#8220;Kami difahamkan PEJUANG dan WARISAN belum bersedia untuk menandatangani MoU dengan kerajaan.<\/span><\/p>\n<p><span data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">&#8220;PH menghormati pendirian mereka. Namun, ia tidak bermaksud kita tidak boleh bekerjasama dalam isu yang lain,&#8221; kata Loke.<\/span><\/p>\n<p><span data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">Sementara itu, Azis yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, berkata pembabitan pihaknya daripada awal adalah mustahak supaya selera penduduk wilayah Sabah diambil kira.<\/span><\/p>\n<p><span data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">Katanya, jika ada komunikasi dua hala, pastinya WARISAN akan memberi penekanan kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai antara kandungan MoU itu.<\/span><\/p>\n<p><span data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">&#8220;Kalau WARISAN dibawa dalam rundingan dari awal, kita akan tekankan berkenaan MA63. Selera orang Sabah dan Sarawak perlu didengari dalam blok pembangkang.<\/span><\/p>\n<p><span data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">&#8220;Kami pun tidak tahu apa kandungan MoU itu, jam 5 petang nanti baru tahu. Saya dengar ada persamaan dengan tawaran yang dibuat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.<\/span><\/p>\n<p><span data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">&#8220;Kalau kami tidak tahu kandungannya, bagaimana WARISAN nak tandatangan,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p><span data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">MoU Transformasi dan Kestabilan Politik akan ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama ketua parti dalam PH di Dewan Bankuet, Parlimen pada jam 5 petang ini.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR : Parti Warisan Sabah (WARISAN) menjelaskan mereka tidak bersama Pakatan Harapan (PH) dalam menjayakan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":4179,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-4178","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4178","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4178"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4178\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4180,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4178\/revisions\/4180"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4179"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4178"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4178"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4178"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}