{"id":4193,"date":"2021-09-14T03:32:34","date_gmt":"2021-09-14T03:32:34","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=4193"},"modified":"2021-09-14T03:32:34","modified_gmt":"2021-09-14T03:32:34","slug":"hari-malaysia-penyatuan-rakyat-sebagai-keluarga-malaysia-bung-moktar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/hari-malaysia-penyatuan-rakyat-sebagai-keluarga-malaysia-bung-moktar\/","title":{"rendered":"Hari Malaysia, penyatuan rakyat sebagai &#8216;Keluarga Malaysia&#8217; &#8211; Bung Moktar"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan pembentukan Malaysia pada 1963 sebagai penyatuan rakyat Sabah, Sarawak dan Semenanjung sebagai \u2018Keluarga Malaysia\u2019\u00a0tanpa mengira\u00a0asal atau latar belakang.<\/p>\n<p>Beliau berkata penyatuan\u00a0sebuah keluarga Malaysia ini tetap kekal sejak sekian lama, kerana wujud perasaan hormat menghormati antara satu sama lain dan saling menghargai keunikan serta kepelbagaian kaum dan etnik di negara ini.<\/p>\n<p>Sehubungan itu katanya penyatuan &#8216;Keluarga Malaysia&#8217; dapat membawa kemajuan bersama, antaranya pembangunan infrastruktur, pendidikan, ekonomi, komunikasi dan kemudahan asas, meskipun masih banyak yang perlu dilakukan dan diperbaiki.<\/p>\n<p>\u201cTanggal 16 Sept, Hari Malaysia\u00a0tidak kurang pentingnya dengan Hari Kemerdekaan, ia perlu dijiwai oleh seluruh rakyat tanpa mengira bangsa agama dan ideologi politik, kita harus komited mengubah mentaliti segelintir rakyat yang masih tidak peduli signifikan Hari Malaysia.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cSignifikannya Hari Malaysia, ia\u00a0bukan sekadar memperingati detik sejarah penubuhan Malaysia semata-mata, rakyat perlu memahami nilai kebersamaan sebuah keluarga iaitu \u2018Keluarga Malaysia\u2019 yang kita kecapi bersama sejak sekian lama,\u201d katanya dalam temubual dengan Bernama.<\/p>\n<p>Katanya di sebalik kemajuan dicapai, ia juga\u00a0mengingatkan semua pihak bahawa segala perancangan dan perlaksanaan program pembangunan negara, amat bergantung kepada kestabilan politik.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Menurutnya apabila politik negara menjadi\u00a0tidak stabil serta kerap berlaku\u00a0pertukaran kerajaan,\u00a0segala dasar yang dirancang sebelum ini akan bertukar dan ini sudah tentu turut menjejaskan usaha untuk membangunkan negara secara lebih berkesan.<\/p>\n<p>Justeru kata Bung Moktar wacana dan naratif yang betul dan waras mengenai sejarah pembentukan Malaysia, amat perlu disemai supaya sentimen negatif tidak terus bersemarak yang akhirnya melemahkan sistem persekutuan, selain\u00a0menghancurkan kedaulatan negara pada jangka panjang.<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement rendered\">\n<div>\n<p>\u201cRakyat perlu faham akan nikmat yang diperoleh sejak Malaysia dibentuk, serta kesan dan implikasinya jika kita asyik bertelagah, tidak bersatu, dan lebih buruk lagi jika mengambil tindakan untuk keluar Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cHakikatnya\u00a0ketika kesepaduan sosial perlu dikukuhkan, kita tidak harus lupa untuk mengukuhkan integrasi nasional.\u00a0Perpaduan kaum dan perpaduan antara negeri-negeri serta\u00a0tiga wilayah itu penting diperkukuh,\u00a0bersatu teguh bercerai kita roboh,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengenai cabaran menghadapi COVID-19, Bung Moktar berkata nilai \u2018Keluarga Malaysia\u2019 jelas terpancar melalui kebersamaan semua pihak sama ada kerajaan negeri dan Persekutuan, mahupun rakyat seluruh negara dalam menempuh dugaan tersebut.<\/p>\n<p>Beliau berkata usaha\u00a0Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui gagasannya membina \u2018Keluarga Malaysia\u2019, memberikan sinar baharu untuk rakyat di negeri ini terutama\u00a0dalam usaha menangani penularan pandemik COVID-19.<\/p>\n<p>\u201cGesaan beliau agar beberapa buah negeri\u00a0termasuk di Sabah diberikan perhatian khusus dalam menangani masalah COVID-19, menterjemahkan tema sambutan Hari Malaysia tahun ini iaitu \u2018Malaysia Prihatin\u2019\u00a0dilaksanakan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bung Moktar berkata keprihatinan kerajaan Persekutuan itu dapat dilihat dalam pemberian 2.89 juta dos vaksin COVID-19,\u00a0bagi membolehkan Negeri di Bawah Bayu itu mencapai tahap vaksinasi dewasa 60 peratus menjelang akhir bulan ini dan 80 peratus bulan hadapan.<\/p>\n<p>Mengulas mengenai Sabah sebagai tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept ini,\u00a0beliau yang juga\u00a0Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur Hari Malaysia 2021 berkata pelbagai acara dengan SOP ketat telah dirancang untuk sambutan itu.<\/p>\n<p>Katanya antara yang dijadualkan menghadiri majlis\u00a0itu, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin,\u00a0Ismail Sabri, Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor, Ketua Menteri Sarawak\u00a0Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan\u00a0Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.<\/p>\n<p>Sambutan itu menurutnya membariskan acara termasuk Majlis Menandatangani Buku Khas Sambutan Hari Malaysia 2021, tayangan montaj \u2018Malaysia Prihatin\u2019 dan pesembahan Khas \u2018Malaysia Prihatin\u2019 oleh artis Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.<\/p>\n<p>\u201cPemilihan Sabah sebagai tuan rumah sambutan tahun ini sudah tentu satu keistimewaan kepada rakyat negeri ini, di mana generasi muda akan memahami detik bersejarah yang diperjuangkan oleh pemimpin terdahulu yang memperlihatkan penyatuan Semenanjung, Sabah dan Sarawak.<\/p>\n<p>\u201cKesan dari penyatuan tersebut, mereka (generasi muda) hari ini turut menikmati kemakmuran dan kemajuan atas nama sebuah negara Malaysia,\u201d katanya yang secara peribadi sebagai pengerusi bersama sambutan itu, mahu memastikan ia memahat memori manis kepada semua rakyat Malaysia.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan pembentukan Malaysia pada 1963 sebagai penyatuan rakyat Sabah,&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":689,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-4193","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4193","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4193"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4193\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4194,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4193\/revisions\/4194"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/689"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4193"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4193"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4193"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}