{"id":4303,"date":"2021-09-21T05:07:20","date_gmt":"2021-09-21T05:07:20","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=4303"},"modified":"2021-09-21T05:07:20","modified_gmt":"2021-09-21T05:07:20","slug":"orang-ramai-dinasihat-jangan-ambil-risiko-redah-arus-banjir","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/orang-ramai-dinasihat-jangan-ambil-risiko-redah-arus-banjir\/","title":{"rendered":"Orang ramai dinasihat jangan ambil risiko redah arus banjir"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>KOTA KINABALU: \u00a0Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menasihatkan penduduk di daerah ini dan kawasan sekitar yang terjejas akibat banjir supaya tidak mengambil risiko\u00a0meredah arus banjir kerana dikhuatiri akan membahayakan nyawa.<\/p>\n<p>Pengarah JBPM Sabah Md Ali Ismail berkata tindakan itu harus dielakkan terutama bagi kenderaan ringan kerana kedalaman air dan kekuatan arus deras semasa banjir tidak dapat dijangka dan boleh membahayakan keselamatan.<\/p>\n<p>\u201cOrang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan jangan meredah (arus banjir) terutama sekali bagi kenderaan ringan. Tunggu air surut dahulu barulah redah, sekiranya belum surut jangan ambil risiko kerana ia sangat berbahaya,\u201d katanya ketika dihubungi Bernama\u00a0hari ini.<\/p>\n<p><a class=\"banner_photo_310906661150\" data-url=\"https:\/\/bit.ly\/3CaNh4O\" data-photoid=\"723\" data-name=\"supreme.jpg\">Md Ali berkata hujan berterusan ketika ini akan mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan pantai barat Sabah, selain risiko berlaku kejadian tanah runtuh.<\/a><\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Justeru, beliau mengingatkan orang ramai yang berada di kawasan banjir supaya sentiasa bersedia untuk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara\u00a0sekiranya mendapat arahan daripada pihak berkuasa.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Md Ali turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan tidak menyentuh dawai elektrik terjatuh dalam air banjir kerana dikhuatiri terdapat arus elektrik yang boleh menyebabkan kecederaan atau kehilangan nyawa, dan\u00a0meminta ibu bapa memantau anak-anak supaya tidak bermain air ketika musim hujan.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<div class=\"mx-auto mb-3\">\n<div id=\"jssor_969803649174\" data-jssor-slider=\"1\">\n<div>\n<div data-scale-ratio=\"1\">\n<div data-u=\"slides\">\n<div><\/div>\n<\/div>\n<div data-u=\"slides\">\n<div><\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<p>Katanya, JBPM Sabah telah bersiap sedia daripada segala\u00a0aspek termasuk logistik dan anggota terutama balai bomba di pantai barat Sabah bagi menghadapi situasi banjir di kawasan sekitar.<\/p>\n<p>\u201cKami juga siap siaga\u00a0\u00a0dari\u00a0segi latihan. Sekarang saya berada di Pulau Banggi, Kudat, bagi mengadakan latihan pemanduan bot melibatkan balai bomba Kudat,\u00a0Kota Marudu dan Kota Belud. Latihan ini untuk mengajar anggota tentang cara\u00a0mengendalikan bot dan penyelamatan sekiranya berlaku banjir,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Hujan lebat berterusan bermula awal pagi tadi sehingga kini telah mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan di Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran pagi tadi.<\/p>\n<p>Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk untuk kawasan pantai barat Sabah\u00a0pada 8.35 pagi tadi.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan itu,\u00a0hujan lebat dijangka berterusan di kawasan Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Papar dan Kota Belud.<\/p>\n<p>Hujan lebat dijangka berlaku di kawasan pedalaman Sabah antaranya Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau\u00a0dan Tambunan, serta beberapa kawasan lain iaitu Ranau dan Kudat.<\/p>\n<p>&#8212;\u00a0BERNAMA<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: \u00a0Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menasihatkan penduduk di daerah ini dan kawasan sekitar yang terjejas akibat&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":4304,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-4303","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4303","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4303"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4303\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4305,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4303\/revisions\/4305"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4304"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4303"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4303"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4303"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}